iklan banner
Pendidikan Muzik Tahun 6 KSSR 2016

Pendidikan Muzik Tahun 6 KSSR 2016

Kursus DSKP Pendidikan Muzik Tahun 6 KSSR telah diadakan pada 2-4 April 2015 yang lalu. Berikut merupakan bahan yang boleh digunakan untuk sesi pdp pada tahun hadapan.

Panduan Pengajaran Pendidikan Muzik Tahun 6 boleh dimuat turun melalui pautan ini :


DSKP Pendidikan Muzik Tahun 6 boleh dimuat turun melalui pautan ini :

Bahan Kursus KSSR Pendidikan Muzik Tahun 6 boleh dimuat turun melalui pautan ini :

** Admin bukanlah pemilik asal bahan ini.

Pertandingan Projek Inovasi Kelab & Persatuan Peringkat Negeri Melaka 2015

Kelab Muzik, Kebudayaan & Rekreasi SK Merlimau (1) telah melakar satu sejarah yang paling bermakna pada tahun ini apabila berjaya memenagi tempat keempat dalam Pertandingan Projek Inovasi Kelab & Persatuan Peringkat Negeri Melaka 2015. Walaupun masih lagi baru ditubuhkan, kelab ini berjaya melaksanakan tugasan ini dengan sebaiknya. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam Projek Inovasi Kelab & Persatuan ini.

Projek yang bertajuk 'Papan Rekoder Elektronik' ini adalah yang pertama kali dicipta bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Pendidikan Muzik khususnya bagi topik Rekoder.


Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Jasin 2015

Syukur Alhamdulillah.

Tanggal 16 Jun 2015, admin telah menerima Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Jasin 2015. Terima Kasih atas anugerah yang sangat berharga ini.




Majlis Persaraan Cik Ruwayah Binti Abd Rahim

29 Mei 2015 bersamaa hari Jumaat yang merupakan minggu terakhir sebelum cuti pertengahan tahun ini telah diadakan satu majlis rasmi iaitu meraikan guru bersara Cik Ruwayah Binti Abd Rahim yang telah lama berkhidmat di SK Merlimau (1). Majlis yang diadakan penuh gilang gemilang bagi memberikan kenangan terindah buat yang diraikan.

Majlis bermula seawal jam 7.15 pagi yang dimulai dengan bacaan Yassin Perdana semua warga SKM1 di dataran perhimpunan. Kemudiannya disusuli dengan majlis menyambut kedatangan beliau pada jam 9.00 pagi. Majlis meraikan beliau yang bertemakan kesultanan melayu ini disusun dengan begitu teliti oleh setiap unit jawatankuasa bagi melancarkan perjalanan majlis.

Persembahan pada hari tersebut dimulai dengan tarian overtue iaitu tarian masri kerincing yang dipersembahkan oleh murid tahun 2&3 kumpulan tarian pelapis kedua SKM1. Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan murid iaitu Adik Nur Najehah Binti Yusof yang menyampaikan lagu bertajuk 'Penawar Rindu' dengan penuh penghayatan. Tahniah!.

Sekitar Majlis Persaraan Cik Ruwayah Binti Abd Rahim


Perarakan Menuju Ke Singgahsana


Pengumuman Ketibaan


Upacara Pemakaian Selempang



Persembahan Tarian Masri Kerincing


Persembahan Nyanyian Solo 'Penawar Rindu' oleh Nur Najehah Binti Yusof



Barisan Pentadbir dan Tetamu VIP


Sebahagian Team 'Belakang Tabir'

 

Ucapan Selamat Bersara & Selamat Jalan dari semua warga SK Merlimau (1)
Cik Ruwayah Binti Abd Rahim





Pertandingan Permainan Tradisional (Dam & Congkak)

Pertandingan Permainan Tradisional (Dam & Congkak)

Pertandingan Permainan Tradisional bertujuan untuk memartabatkan tradisi masyarakat melayu khususnya dan diterapkan ke generasi masa kini. Melalui pertandingan ini secara tidak langsung, murid dapat mempelajari teknik permainan dengan betul disamping mengisi masa lapang. Acara ini dipertandingkan dalam kalangan murid tahap II.

Minggu Kolaboratif Panitia Bahasa Melayu, Pend Muzik & Pend Seni Visual

Minggu Kolaboratif Panitia Bahasa Melayu, Panitia Pendidikan Muzik & Panitia Pendidikan Seni Visual telah dijalankan pada 9 Mac sehingga 13 Mac 2015 yang lalu. Majlis Pelancaran Minggu Kolaboratif Panitia ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Merlimau (1) iaitu Pn. Hjh. Norlailah Binti Maeraj di tapak perhimpunan dengan meriahnya disusuli bersama gimik yang telah dirancang dengan teliti oleh Jawatankuasa Kerja kami. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian solo oleh murid yang tidak asing lagi dikalangan warga SKM 1 iaitu Adik Nur Najehah Binti Yusof .

Majlis Pelancaran Minggu Kolaboratif Panitia 2015
disempurnakan oleh Pn. Hjh. Norlailah Binti Maeraj, 
Guru Besar SK Merlimau (1)

Pn. Hjh. Norlailah meletakkan tanda dengan 
cap tapak tangan dipapan simen khas.

Guru Besar menurunkan tandatangan menandakan 
Majlis Pelancaran telah dirasmikan.

Pn. Hjh. Norlailah Binti Maeraj bersama barisan guru penyelaras
Program Minggu Kolaboratif Panitia 
Pn. Hapizah Md Dan (KP Bahasa Melayu), 
Pn. Siti Aisah Kasnaini  (KP Pend. Muzik) & 
Pn. Paridah Hashim (KP Pend. Seni Visual)

Adik Nur Najehah Binti Yusof menyampaikan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang"

Dayang-dayang pada majlis pelancaran minggu panitia







Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau

Pada 4 Mac 2015 yang lalu, Panitia Pendidikan Muzik telah memilih Nur Najehah Binti Yusof untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau yang telah diadakan di Japerun Sungai Rambai.

Adik Nur Najehah telah pun berpengalaman mewakili sekolah dalam bidang yang sama semenjak tahun lepas. Berbekalkan pengalaman yang ada, beliau telah berjaya meningkatkan tahap pencapaian dalam pertandingan ini pada tahun ini. Sekalung Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya menduduki tempat ke 5 daripada 30 orang peserta.

Semoga beliau akan beroleh kejayaan yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Tahniah..!



Peserta-peserta Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kaw Merlimau 2015

Adik Nur Najehah Binti Yusof bersama piala dan sijil kemenangan. Tahniah..!

Adik Nur Najehah Binti Yusof bersama guru pembimbingnya.

Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 41/2015

Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 41/2015

Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 41/2015 telah dilaksanakan pada 28 Februari 2015 bertempat di Dewan SK Merlimau (1). Panitia Pendidikan Muzik dan Kelab Muzik dan Kebudayaan telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan persembahan sempena mesyuarat tersebut. Pada tahun ini, kami dibantu oleh AJK PIBG - Ibubapa (sarana ibubapa) iaitu Puan Siti Noraini yang juga merupakan jurutari bekas murid-murid Tabika KEMAS. Beliau telah berjaya membawa mereka hingga ke peringkat kebangsaan pada tahun lepas. Memandangkan bekas murid tersebut telah melanjutkan pelajaran di SK Merlimau (1) maka, beliau berbesar hati untuk membantu dalam urusan persembahan terutamanya dalam bidang tarian.
Bengkel Tarian Tradisional

Bengkel Tarian Tradisional

Bengkel Tarian Tradisional anjuran Briged Kesenian Taman Buaya & Rekreasi, Ayer Keroh, Melaka telah diadakan selama 3 hari pada 26-28 Februari 2015. Seramai 2 orang guru dari Kelab Muzik dan Kebudayaan telah dihantar untuk menghadiri bengkel tersebut. 

Tiga tarian tradisional telah dapat dipelajari sepanjang bengkel tersebut iaitu tarian zapin, inang dan joget. Bengkel ini telah dipimpin oleh Puan Mastura dari SK Melaka Pindah yang juga bertugas sebagai Guru Besar di sekolah tersebut. Senaman seni juga turut dilakukan sebelum memulakan bengkel dan sebelum tamat bengkel.