iklan banner

Kids Fun Festival 2016

Bersempena cuti persekolahan sesi 2016 ini, SKM1 Dancers kali ini mengorak langkah ke hadapan dengan membuat persembahan secara terbuka (public performance) di khalayak ramai di Kid Fun Festival, Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka.

Walaupun pada asalnya status penyertaan adalah sebagai peserta pertandingan, tetapi disaat-saat akhir, status penyertaan ditukar kepada persembahan umum berikutan masalah teknikal dipihak penganjur, SKM1 Dancers tetap mempamerkan mutu persembahan yang terbaik.

Tahniah SKM1 Dancers 2016!

Peserta penyertaan Kids Fun Festival 2016 :

1. Nur Amani Binti B.H Ahmad Sabri (3 Bestari)
2. Nazreen Anishazwani Binti Nazri (3 Pintar)
3. Aidatul Insyirah Binti Nasarudin (3 Pintar)
4. Nur Aisyah Sofea Binti Noor Azman (3 Pintar)
5. Hanes Umairah Binti Hairul Nizam (3 Pintar)



Hari Anugerah Kecemerlangan 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan SKM (1) telah berlangsung pada hari Selasa, 17 November 2016 minggu kedua sebelum cuti akhir tahun sesi 2016. Majlis telah diserikan dengan 3 persembahan penuh bertenaga dari penari kelab Muzik dan Kebudayaan, SKM1 Dancers.

Persembahan yang disajikan pada majlis tersebut adalah Tarian Etnik Jawa (Hatinya Tak Tahan OST Noraniza Idris), Tarian Arab (Kun Anta) dan Tarian Bollywood (Bole Chudiyan). Latihan dan raptai persembahan yang dilakukan seawal 3 minggu sebelum majlis rasmi dilangsungkan telah menunjukkan perubahan tahap keyakinan yang tinggi terhadap prestasi persembahan ahli kelab.

Sekalung Tahniah diucapkan kepada pasukan penari SKM1 Dancers 2017 yang telah memberikan komitmen yang sangat tinggi dalam sesi latihan dan persembahan.

Team SKM1 Dancers 2017 :
1. Nur Amani Binti B.H Ahmad Sabri (3 Bestari)
2. Umairah Binti Norsharil (3 Bestari) 
3. Nazreen Anishazwani Binti Nazri (3 Pintar)
4. Aidatul Insyirah Binti Nasarudin (3 Pintar) 
5. Nur Aisyah Sofea Binti Noor Azman (3 Pintar)
6. Hanes Umairah Binti Hasrul Nizam (3 Pintar)
7. Nurul Syazana Binti Mazlan (4 Bestari)
8. Yasmin Hani Binti Ling Chik (4 Bestari)
9. Yasmin Batrisyia (4 Bestari)
10. Nur Aliah Sofea Binti Zaharizan (4 Bestari)
11. Nur Nabila Binti Rozali (4 Bestari)
12. Nur Damia (4 Bestari)




Minggu Kolaboratif Panitia Pendidikan Muzik, PSV & Unit PPDa

Minggu Kolaboratif Panitia Pendidikan Muzik, PSV & Unit PPDa


Minggu Kolaboratif Panitia Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual dan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM dan Polis Diraja Malaysia telah pun melabuhkan tirainya secara rasminya pada hari Isnin 10 Oktober 2016 dalam Majlis Penutup Minggu Panitia. Majlis ringkas ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Norlailah Binti Maeraj selaku Guru Besar SK Merlimau (1).

Pelbagai aktiviti telahpun dijalankan sepanjang minggu lalu dengan bertemakan 'Pembelajaran Melalui Penerokaan' sesuai dengan matlamat kami iaitu memberikan pengalaman baru kepada murid terutamanya dalam menghasilkan idea-idea kreatif yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Murid juga berpeluang mengasah bakat terpendam melalui aktiviti kesenian dan berbentuk muzikal.

Antara pertandingan yang telah dijalankan ialah

  • Pertandingan Menyusun Lirik Lagu Tahap 1, 
  • Pertandingan Mewarna, 
  • Pertandingan Melukis Poster 
  • Bengkel Membuat Tanjak Tahun 4
  • Bengkel Membuat Alat Muzik dan Aktiviti Gunting & Lipatan Tahun 5
  • Bengkel Boneka Tahun 4
  • Bengkel Kolaj Tahun 5
  • Bengkel Pualaman Tahun 6
  • Pertandingan Pencarian Bintang Baru Tahun 6 
  • Ceramah & Pameran Anti Dadah

Persembahan sempena Pertandingan Sayembara Puisi Peringkat Negeri Melaka 2016

SK Merlimau (1) sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Sayembara Puisi Peringkat Negeri pada tahun ini. Pertandingan akan diadakan pada 28 Julai 2016 bertempat di Dewan SK Melrimau (1) dengan pelbagai persiapan telah disusun rapi bagi melancarkan program tersebut. Ahli Kelab Muzik, Kebudayaan & Rekreasi juga mengambil bahagian dalam persembahan dengan mempersembahkan 2 buah tarian.






Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau

Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Kawasan telah diadakan di SK Sebatu pada hari Rabu bersamaan 26 Mei 2016. Wakil dari SK Merlimau (1) pada tahun ini ialah adik Nur Najehah Binti Yusoff dan adik Muhammad Harris Bin Khairul Asmi. Kedua-dua peserta hanya mendapat saguhati walaubagaimanapun, pihak sekolah mengucapkan setinggi -tinggi penghargaan kepada kedua-dua peserta yang mewakili sekolah pada tahun ini. Semoga mereka berdua akan lebih berjaya pada masa akan datang.


Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Dunia Muzik / Pendidikan Muzik Tahun 2016

Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR Dunia Muzik / Pendidikan Muzik Tahun 2016

RPT Dunia Muzik / Pendidikan Muzik bagi sesi 2016 telah diedit mengikut takwim SK Merlimau (1).

Sila klik pada RPT yang berkenaan.

Hanya pautan yang boleh klik sahaja mengandungi RPT yang telah dikemaskini. 

  • RPT Dunia Muzik Tahun 1 2016
  • RPT Dunia Muzik Tahun 2 2016
  • RPT Dunia Muzik Tahun 3 2016

MAKLUMAN : RPT Muzik lain sedang dikemaskini. 

Terima Kasih.