Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau

Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau

Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau telah diadakan pada 14 Mac 2013, Rabu. Panitia Muzik telah menghantar seorang wakil murid tahun 5 iaitu Muhammad Zufar Bin Kamarolzahirin dengan membawa lagu terjudul 'Luahan Hati' nyanyian asal Kumpulan Kristal. Tahniah kepada adik Muhammad Zufar kerana telah meraih tempat ke-8 pada pertandingan tersebut. Semoga beliau akan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Tahniah!
Pertandingan Action Songs State Level

Pertandingan Action Songs State Level

Pertandingan Action Songs Peringkat Negeri Melaka telah pun diadakan pada hari Rabu, 26 Jun 2013 bertempat di SJK(C) Cheng. Panitia Bahasa Inggeris telah menghantar pasukan sekolah seramai 13 orang murid tahun 3 dengan membawa tema 'Sea Creatures'. Pasukan sekolah telah sedaya upaya melakukan yang terbaik walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka. Semangat yang ditunjukkan oleh ahli pasukan dan juga guru-guru yang melatih sememangnya patut mendapat pujian kerana mereka tidak pernah berputus asa untuk sentiasa melakukan yang terbaik. Semoga kejayaan akan berpihak kepada mereka yang bertungkus-lumus dalam mewujudkan sebuah pasukan terbaik pada masa-masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada mereka.