iklan banner
Persembahan Malam Kebudayaan Perkhemahan Pengakap Peringkat Negeri Melaka 2017

Persembahan Malam Kebudayaan Perkhemahan Pengakap Peringkat Negeri Melaka 2017

Perkhemahan Pengakap Peringkat Negeri Melaka kali ini di adakan di SMK Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar, Melaka pada 8 April 2017 iaitu pada malam hari pertandingan tarian peringkat negeri Melaka. Walaupun kepenatan, SKM1Dancers tetap memberikan persembahan yang terbaik pada malam tersebut bagi memenuhi jemputan pihak penganjur.

SKM1Dancers membawakan tarian tradisional sama seperti yang dipertandingkan pada sebelah paginya. Dengan kekangan masa yang ada, semua yang terlibat dapat melaksanakan tugasan dengan sebaiknya. Alhamdulillah dan Tahniah kepada team SKM1Dancers.


Persembahan sempena Story Telling Competition Peringkat Negeri Melaka 2017

Sekali lagi team SKM1Dancers akan membuat persembahan selingan sempena Pertandingan Story Telling Peringkat Negeri Melaka 2017 yang dikelolakan oleh Jawatankuasa SK Merlimau (1) pada 4 Mei 2017.

SKM1Dancers akan mempersembahkan tarian tradisional inang dan joget semasa para juri mengira markah peserta-peserta pertandingan. Tahniah team SKM1Dancers kerana telah melakukan yang terbaik!







Minggu Kolaboratif Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Pendidikan Seni Visual, PPDa dan IMFree

Majlis Perasmian Minggu Kolaboratif Panitia Pendidikan Muzik, Panitia Pendidikan Seni Visual, PPDa dan IMFree yang sepatutnya dijalankan pada pagi Isnin, 3 April 2017 terpaksa ditunda pada keesokkan harinya berikutan cuaca yang hujan lebat.

Walaubagaimanapun, majlis pelancaran telah dapat dijalankan dengan sempurna pada hari tersebut. Majlis dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKMerlimau (1), Pn Hjh Norlailah Binti Maeraj.

Antara pengisian minggu kolaboratif pada kali ini ialah Lawatan Kerjaya ke Kidzania, Pertandingan Mewarna Poster Anti Dadah, Kuiz PPDa, Poster IMFree, Tayangan Video IMFree, Pertandingan Membina Alat Muzik menggunakan bahan kitar semula, Pertandingan Membuat Topeng Haiwan, Pertandingan Membuat Buku Skrap Tahun 6 dan banyak lagi.





Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka 2017

Sabtu, 8 April 2017

Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka telah diadakan sempena Karnival Pendidikan Negeri Melaka di Pentas Utama, MITC, Ayer Keroh. Pertandingan disertai oleh sekolah-sekolah rendah sekitar negeri Melaka sebanyak 11 penyertaan pada tahun ini. SK Merlimau (1) adalah antara sekolah yang tersenarai dalam pertandingan akhir tarian selepas peringkat saringan dibatalkan kerana terdapat banyak sekolah yang menarik diri disaat-saat akhir pertandingan.

Ini merupakan penyertaan pertama SK Merlimau (1) dengan membawa team SKM1Dancers seramai 10 orang murid yang terpilih. Proses persiapan telah mula dilakukan sebulan sebelum pertandingan. Dengan kekangan masa yang ada, Alhamdulillah.. SKM1Dancers dapat menyelesaikan sesi latihan bersama Jurulatih JKKN, En Faxs sebelum menjelang hari pertandingan.

Walaupun tidak memenangi sebarang hadiah, team SKM1Dancers tetap berpuas hati kerana telah berusaha bersungguh-sungguh. Tidak mengapalah... rezeki kali ini masih belum berpihak kepada kami.. Meskipun begitu, SKM1Dancers telah tersenarai sebagai antara 5 sekolah yang terbaik bagi kategori Anugerah Busana. Tahniah kepada keseluruhan team Kelab Muzik dan Kebudayaan dan team SKM1Dancers juga para ibu bapa yang banyak memberi sokongan. Alhamdulillah dan Terima Kasih.







Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau 2017

Selasa, 28 Mac 2017

Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Kawasan Merlimau telah diadakan di sekolah pengelola iaitu di Sekolah Kebangsaan Merlimau 2. Pertandingan kali ini disertai oleh 12 orang murid tahun 4 iaitu Muhammad Ikhwan Bin Hishamuddin membawa lagu Sedalam-dalam Rindu dan Muhammad Amin Haziq Bin Fadhullah.

Rezeki kali ini berpihak kepada Muhammad Amin Haziq Bin Fadhullah dengan mendapat saguhati tempat ke 5. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta ini. Moga semakin berjaya ditahun akan datang.