iklan banner
Kursus KSSR Pendidikan Muzik Tahun 5

Kursus KSSR Pendidikan Muzik Tahun 5

Ketua Panitia Muzik SKM 1 telah menghadiri kursus KSSR Pendidikan Muzik KSSR Tahun 5 yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan. Kursus ini dijalankan selama 2 hari bermula 26-27 Ogos 2014 bertempat di Dewan SK Serkam Darat bagi sekolah-sekolah daerah Jasin khususnya.

Pelbagai pengisian yang dapat dikumpulkan untuk diterapkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid tahun 5 KSSR.

Sila klik pautan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSR Pendidikan Muzik Tahun 5:

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Muzik Tahun 5
Bengkel Guru-Guru Muzik Daerah Jasin

Bengkel Guru-Guru Muzik Daerah Jasin

Bengkel guru-guru muzik Daerah Jasin telah dijalankan pada hari Sabtu bersamaan dengan 23 Ogos 2014 bertempat di PPD Jasin. Bengkel ini diadakan untuk membantu para guru muzik khususnya dalam mendapatkan atau mempelajari bagaimana untuk mencipta sesebuah lagu. Bengkel ini juga diilhamkan oleh beberapa orang guru besar sekitar Daerah Jasin  bagi memantapkan lagi mutu lagu sekolah masing-masing.

Bengkel ini sangat memberikan manfaat kepada para guru muzik kerana penceramah turut membimbing para guru tentang cara untuk mengajar dan membentuk kumpulan koir sekolah berdasarkan beberapa tips yang dikongsikan bersama.
Majlis Jamuan Hari Raya dan Jamuan Persaraan

Majlis Jamuan Hari Raya dan Jamuan Persaraan

Sempena bulan syawal yang bakal melabuhkan tirainya, jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Staf telah mengajurkan Majlis Jamuan Hari Raya dan Jamuan Persaraan Pn. Hjh Roslina Binti Husin pada hari jumaat bersamaan dengan 22 Ogos 2014 bertempat di Dewan SKM 1.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu jemputan yang sudi melapangkan masa serta guru-guru dan kakitangan SKM 1. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian dari penari Kelab Muzik dan Kebudayaan dan nyanyian daripada adik Nur Najehah serta lagu duet bersama Cikgu Mohd Zaid Bin Yusof.

Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan. Tahniah atas persembahan yang memukau!
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada hari isnin bersamaan dengan 18 Ogos 2014 bertempat di perkarangan tapak perhimpunan SK Merlimau Satu. Dengan rahmat Illahi, majlis telah dapat dilaksanakan dengan sempurnanya.

Tema kemerdekaan pada tahun 2014 ini ialah 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta' dan telah dinyanyikan bersama lagu-lagu patriotic yang lain seperti Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan Keranamu Malaysia oleh semua warga SKM 1 dengan penuh semangat diiringi dengan kibaran bendera Jalur Gemilang.

Tahniah dan Syabas warga SKM 1 atas semangat yang jitu!

sumber : youtube.com
Lagu tema 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta'
Majlis Persaraan GKP HEM Pn. Hjh Roslina Binti Hussin

Majlis Persaraan GKP HEM Pn. Hjh Roslina Binti Hussin

Tanggal 25 Julai 2014 merupakan hari terakhir beliau selaku GPK HEM di SK Merlimau Satu. Beliau yang merupakan pencetus motivasi dan peniup semangat bagi Kelab Muzik dan Kebudayaan. Atas jasa dan usaha beliau jugalah tertubuhnya kelab ini dengan jayanya.
Kejohanan Balapan dan Padang SK Merlimau Satu 2014

Kejohanan Balapan dan Padang SK Merlimau Satu 2014

Pada hari Khamis, 25 Jun 2014 minggu yang lalu, SK Merlimau Satu telah mengadakan aktiviti Kejohanan Balapan dan Padang bagi kali ke xx. Kejohanan ini diadakan di padang SKM 1 dengan sambutan yang sangat meriah daripada para guru, kakitangan, murid-murid dan ibupada amnya. 

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

Dengan tema 'Kembali ke Alam Persekolahan' pada tahun ini telah menyemarakkan lagi Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Merlimau Satu 2014. Majoriti guru-guru semua mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan kembali uniform sekolah masing-masing untuk di'gaya'kan pada hari bersejarah tersebut.

Sambutan secara sederhana tetapi sangat sangat sangat meriah telah meninggalkan satu kenangan yang sukar dilupakan bagi setiap individu dari kalangan guru, staf sokongan mahupun murid-murid SKM 1 itu sendiri. Ini adalah kerana mereka merasakan satu kejanggalan apabila melihat guru berpakaian seperti murid biasa.


Lawatan ke Ras Batik, Sungai Rambai, Melaka.

Lawatan ke Ras Batik, Sungai Rambai, Melaka.

Lawatan ke Ras Batik, Sungai Rambai adalah yang julung kalinya dianjurkan pada tahun ini. Dengan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Muzik dan Kebudayaan dan Kelab Bahasa Inggeris.

Tentatif program pada hari tersebut ialah :
9.00   pagi  :  Berkumpul di Dataran Perhimpunan
9.30   pagi  :  Bertolak ke Ras Batik, Sungai Rambai
10.00 pagi  :  Tiba di Ras Batik, Sungai Rambai
10.15 pagi  :  Taklimat ringkas oleh pemilik Ras Batik, En. Rasli
10.40 pagi  :  Demonstrasi mencanting batik oleh En. Rasli
11.00 pagi  :  Peserta mengambil tempat cantingan batik secara individu dan membuat sendiri cantingan batik.
12.30 tgh    :  Rehat dan Makan Tengahari
2.00   ptg    :  Bertolak pulang ke SK Merlimau Satu

Peserta dibenarkan membawa balik hasil cantingan batik mereka sendiri. Secara keseluruhannya, semua peserta dapat membuat cantingan batik dengan kreativiti masing-masing. Sekalung Tahniah kepada semua peserta lawatan dan semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Minggu Kolaboratif Panitia Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual 2014

Minggu Kolaboratif Panitia Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual 2014

Tarikh 21-25 April 2014 telah mencatatkan sejarah bagi ketiga-tiga panitia iaitu Panitia Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti wajib sekolah iaitu Minggu Kolaboratif Panitia anjuran bersama Pusat Sumber Sekolah.

Minggu Panitia pada tahun ini sememangnya padat dengan pelbagai aktiviti yang sangat menarik dan bermanfaat untuk semua murid khususnya. Terdapat juga aktiviti luar yang sangat mendapat sambutan sehingga pihak penganjur terpaksa menolak permohonan lantaran tiada kekosongan tempat.


Jemputan Persembahan

Jemputan Persembahan

Pada 19 April 2014 yang lalu, Kelab Muzik dan Kebudayaan telah menerima jemputan persembahan di rumah salah seorang guru di SK Merlimau Satu iaitu En. Azian Bin Mohd Dali. Penari-penari sekolah telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Majlis Perkahwinan anak beliau yang telah diadakan di Kampung Tersusun, Telok Mas, Melaka. Seramai 4 orang penari telah membuat persembahan dengan baik dan pihak tuan rumah juga sangat berpuas hati dengan persembahan mereka. Mereka mempersembahkan tarian joget, zapin dan inang secara medley pada hari tersebut.

Tahniah diucapkan pada penari-penari Kelab Muzik dan Kebudayaan sesi 2014.
Promosi Jelajah Sekolah Seni Malaysia, Johor Bahru

Promosi Jelajah Sekolah Seni Malaysia, Johor Bahru

Pada 14 Mac 2014, pihak sekolah telah dijemput untuk menghadiri Promosi Jelajah Sekolah Seni Malaysia yang diadakan di Panggung Seri, Kompleks Budaya, Ayer Keroh. Seramai 5 orang murid tahun 6 telah dipilih untuk menyertai lawatan tersebut.

Karnival BSN - Pertandingan Bakat Murid (Peringkat Akhir)

Karnival BSN - Pertandingan Bakat Murid (Peringkat Akhir)

Tahniah..!! Tahniah..!! Tahniah..!!
Sekalung Tahiah buat adik Nur Najehah Binti Yusof yang telah mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Bakat Murid bagi Peringkat Akhir Negeri Melaka.

Ini juga merupakan kejayaan paling besar dan bermakna bagi adik Nur Najehah Binti Yusof yang baru pertama kali mewakili sekolah dalam pertandingan yang nyanyian disertainya dan merupakan kejayaan berganda baginya yang telahpun mendapat tempat ke-7 beberapa hari yang lalu dalam Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau. Tahniah dan teruskan usaha..
Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Negeri Melaka (Peringkat Saringan)

Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Negeri Melaka (Peringkat Saringan)

Pertandingan tarian sekolah-sekolah rendah Negeri Melaka bagi peringkat saringan telah diadakan pada 15 Mac 2014 bertempat di Melaka Mall, Ayer Keroh bermula jam 9.00 pagi. Sebanyak 18 buah sekolah telah menyertai pertandingan peringkat saringan tersebut. Ini adalah merupakan penyertaan yang julung kali disertai oleh penari-penari SKM 1. Pengalaman yang diperolehi sepanjang menyertai pertandingan tersebut amatlah berharga dan dapat dijadikan sebagai garis panduan dan rujukan untuk penyertaan akan datang.

Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada semua penari kerana tidak pernah berputus atas untuk mencuba mempelajari teknik tarian yang asing bagi mereka. Tahiah juga diucapkan kepada guru pembimbing yang sama-sama turun padang untuk memastikan pasukan penari bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal. Semoga penari-penari SKM 1 akan memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau 2014

Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau 2014

Pada 11 Mac 2014 yang lalu, pihak sekolah telah menghantar 2 orang peserta bagi menyertai Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau. Pertandingan tersebut telah diadakan di Pusat Kegiatan Kemas, Serkam dengan seramai 32 orang peserta daripada sekolah-sekolah kawasan Merlimau.

Peserta dari SKM 1 yang telah menyertai pertandingan tersebut ialah Muhammad Zufar Bin Kamarolzahirin (6 Bestari) dan Nur Najehah Binti Yusof (4 Pintar). Sekalung tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta atas kesungguhan dan tahap keyakinan tinggi yang ditunjukkan semasa menyampaikan lagu. Tahniah diucapkan kepada adik Nur Najehah Binti Yusof kerana telah mendapat tempat ke-7 dalam pertandingan tersebut. Pihak sekolah mengharapkan agar kedua-dua peserta memperolehi kejayaan yang cemerlang pada masa-masa akan datang.

Karnival BSN - Pertandingan Bakat Murid (Saringan)

Karnival BSN - Pertandingan Bakat Murid (Saringan)

Pada hari Sabtu, 8 Mac 2013, Panitia Muzik dan Kelab Muzik dan Kebudayaan telah menghantar seramai 3 orang peserta untuk menyertai Pertandingan Bakat Murid sempena Karnival BSN yang diadakan di SK Nyalas. Peserta tersebut adalah Muhammad Zufar Bin Kamarulzahirin (6 Bestari), Muhammad Hakimi Bin Abd Latif (6 Pintar) dan Nur Najehah Binti Yusof (4 Pintar). Mereka bertiga mengambil bahagian dengan menampilkan bakat nyanyian yang dimiliki.

Muhammad Zufar membawa lagu bertajuk "Tetap Menantimu" OST Nomad, Muhammad Hakimi membawa lagu "Bahagiamu Deritaku" OST Hafiz dan Nur Najehah membawakan lagu "Semakin Rindu Semakin Asyik" OST Amelina. Walaubagaimanapun, Tahniah kepada semua peserta kerana telah menyerlahkan bakat sedia ada di pentas pertandingan. dan Tahniah kepada adik Nur Najehah yang telah berjaya terpilih ke peringkat akhir yang akan di adakan pada 15 Mac 2014 di tempat yang sama. Semoga beliau memperolehi kejayaan dalam lapangan yang diminati ini..
Majlis Persaraan GPK HEM dan PAR SKM1

Majlis Persaraan GPK HEM dan PAR SKM1

Majlis Persaraan GPK HEM SKM1 iaitu Pn. Hajjah Shabariah Binti Ahmad dan PAR En. Zainal Abidin Bin Abdlah telah pun diraikan secara rasminya pada 17 Januari 2014, Jumaat di Dewan SKM 1. Jawatankuasa persembahan yang terdiri daripada guru penasihat Kelab Muzik dan Kebudayaan dan AJK Panitia Muzik telah menyediakan beberapa buah persembahan bagi meraikan majlis tersebut.

Antara persembahan murid adalah Tarian Selamat Datang dan Nyanyian + Pantomen yang telah disampaikan oleh murid tahun 4 dan 5. Tahniah kepada murid yang telah mengambil bahagian dalam persembahan tersebut. Terima Kasih.
Rancangan Tahunan Malatpelajaran Muzik 2014

Rancangan Tahunan Malatpelajaran Muzik 2014

Selamat Memulakan sesi persekolahan 2014..!

Klik link dibawah untuk pautan :

Rancangan Tahunan yang telah diedit mengikut takwim 2014 Sekolah Kebangsaan Merlimau Satu.

  • Rancangan Tahunan Dunia Muzik KSSR Tahun 1
  • Rancangan Tahunan Dunia Muzik KSSR Tahun 2
  • Rancangan Tahunan Dunia Muzik KSSR Tahun 3
  • Rancangan Tahunan Pendidikan Muzik KSSR Tahun 4
  • Rancangan Tahunan Pendidikan Muzik KBSR Tahun 5
  • Rancangan Tahunan Pendidikan Muzik KBSR Tahun 6
Kredit to : Cikgu Mariam Janis (JU Muzik Negeri Melaka)


(link akan diupload kemudian)