Kursus KSSR Pendidikan Muzik Tahun 5

Kursus KSSR Pendidikan Muzik Tahun 5

Ketua Panitia Muzik SKM 1 telah menghadiri kursus KSSR Pendidikan Muzik KSSR Tahun 5 yang akan dilaksanakan bermula tahun hadapan. Kursus ini dijalankan selama 2 hari bermula 26-27 Ogos 2014 bertempat di Dewan SK Serkam Darat bagi sekolah-sekolah daerah Jasin khususnya.

Pelbagai pengisian yang dapat dikumpulkan untuk diterapkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid tahun 5 KSSR.

Sila klik pautan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSR Pendidikan Muzik Tahun 5:

Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Muzik Tahun 5
Bengkel Guru-Guru Muzik Daerah Jasin

Bengkel Guru-Guru Muzik Daerah Jasin

Bengkel guru-guru muzik Daerah Jasin telah dijalankan pada hari Sabtu bersamaan dengan 23 Ogos 2014 bertempat di PPD Jasin. Bengkel ini diadakan untuk membantu para guru muzik khususnya dalam mendapatkan atau mempelajari bagaimana untuk mencipta sesebuah lagu. Bengkel ini juga diilhamkan oleh beberapa orang guru besar sekitar Daerah Jasin  bagi memantapkan lagi mutu lagu sekolah masing-masing.

Bengkel ini sangat memberikan manfaat kepada para guru muzik kerana penceramah turut membimbing para guru tentang cara untuk mengajar dan membentuk kumpulan koir sekolah berdasarkan beberapa tips yang dikongsikan bersama.
Majlis Jamuan Hari Raya dan Jamuan Persaraan

Majlis Jamuan Hari Raya dan Jamuan Persaraan

Sempena bulan syawal yang bakal melabuhkan tirainya, jawatankuasa Kelab Kebajikan Guru dan Staf telah mengajurkan Majlis Jamuan Hari Raya dan Jamuan Persaraan Pn. Hjh Roslina Binti Husin pada hari jumaat bersamaan dengan 22 Ogos 2014 bertempat di Dewan SKM 1.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran beberapa tetamu jemputan yang sudi melapangkan masa serta guru-guru dan kakitangan SKM 1. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan tarian dari penari Kelab Muzik dan Kebudayaan dan nyanyian daripada adik Nur Najehah serta lagu duet bersama Cikgu Mohd Zaid Bin Yusof.

Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan. Tahniah atas persembahan yang memukau!
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan pada hari isnin bersamaan dengan 18 Ogos 2014 bertempat di perkarangan tapak perhimpunan SK Merlimau Satu. Dengan rahmat Illahi, majlis telah dapat dilaksanakan dengan sempurnanya.

Tema kemerdekaan pada tahun 2014 ini ialah 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta' dan telah dinyanyikan bersama lagu-lagu patriotic yang lain seperti Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan Keranamu Malaysia oleh semua warga SKM 1 dengan penuh semangat diiringi dengan kibaran bendera Jalur Gemilang.

Tahniah dan Syabas warga SKM 1 atas semangat yang jitu!

sumber : youtube.com
Lagu tema 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta'
Majlis Persaraan GKP HEM Pn. Hjh Roslina Binti Hussin

Majlis Persaraan GKP HEM Pn. Hjh Roslina Binti Hussin

Tanggal 25 Julai 2014 merupakan hari terakhir beliau selaku GPK HEM di SK Merlimau Satu. Beliau yang merupakan pencetus motivasi dan peniup semangat bagi Kelab Muzik dan Kebudayaan. Atas jasa dan usaha beliau jugalah tertubuhnya kelab ini dengan jayanya.