iklan banner
Jemputan Persembahan di Sime Darby Plantation, Merlimau

Jemputan Persembahan di Sime Darby Plantation, Merlimau

Pasukan Tarian Bollywood telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di Sime Darby Plantation, Merlimau sempena Majlis Pelancaran 5S Ladang Kempas pada 20 November 2013. Jemputan ini juga merupakan satu penghargaan kepada pasukan penari yang julung-julung kali dijemput sempena majlis rasmi syarikat korporat. Tahniah diucapkan kepada semua penari yang telah membuat persembahan dengan bersungguh-sungguh semasa majlis tersebut.


Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan 2013

Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan SKM1 tahun ini telah diadakan pada 12 November 2013 di Dewan SKM1. Antara persembahan yang telah di persembahkan pada hari tersebut ialah Tarian Bollywood, Tarian Kipas, Tari Tualang Tiga, Bicara Berirama dan Nasyid Kontemporari. Penglibatan murid adalah daripada murid tahun 3 hingga ke tahun 6.

Tarian Bollywood

Bicara Berirama

 Nasyid Kontemporari

Citrawarna Malaysia (Melayu, India, Cina)

Tarian Kipas

Tari Tualang Tiga

RIMUP 2013 di SK Seri Mendapat

SKM1 telah diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan tarian bollywood pada Majlis Perasmian Program RIMUP di SK Seri Mendapat. Murid dari tahun 4 dan 5 telah dipilih dan menjadi peserta perkhemahan RIMUP.

 Tarian Bollywood SKM1


 Tarian Kipas SJKC 

Dikir Barat SK Seri Mendapat

Karnival Kesenian Murid 1Malaysia Peringkat Kebangsaan

Tanggal 17 November 2013 yang lalu, wakil sekolah telah dijemput untuk menyaksikan persembahan Karnival Kesenian Murid 1Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kompleks Taman Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, Melaka. Peserta daripada seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dengan mempersembahkan pelbagai jenis tarian kebudayaan negeri masing-masing. Disamping itu, persembahan diselangi dengan teaer muzikal daripada beberapa buah negeri yang menerapkan nilai-nilai murni.






Lawatan Muhibah ke Sekolah Seni Johor Bahru

Unit kokurikulum PPD Jasin telah mengadakan lawatan muhibah ke Sekolah Seni Johor Bahru pada 29 Oktober 2013. Guru pembimbing Kelab Muzik Dan Kebudayaan SKM 1 iaitu Pn. Siti Aisah Binti Kasnaini dan Pn. Zuraidah Binti Md Jan @ Zainuddin telah dipilih untuk menyertai kumpulan deligasi rombongan PPD Jasin ini.

Pelbagai maklumat dan idea yang telah diperolehi sepanjang berada di Sekolah Seni tersebut yang boleh dimanfaatkan dan diaplikasikan kepada murid SKM 1. Disamping itu, kami mendapat penjelasan lanjut mengenai cara untuk memohon ke Sekolah Seni ini dan arah tuju murid-murid yang telah berjaya menamatkan pendidikan di sekolah ini.

pintu masuk ke Sekolah Seni Johor Bahru

Konsert Jabatan Pendidikan Melaka Bersama YAB Ketua Menteri Melaka 2013.



Konsert Jabatan Pendidikan Melaka bersama YAB Ketua Menteri Melaka telah diadakan pada tanggal 26 Oktober 2013 bertempat di Dewan Seri Negeri, Bangunan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Pihak sekolah telah dijemput bagi menyaksikan konsert tersebut disamping memanfaatkan segala ilmu malahan idea yang telah diperolehi. Konsert ini telah dijayakan sepenuhnya oleh para pelajar seluruh negeri melaka yang sangat hebat dalam bidang muzik dan kesenian.


Kursus Penyebaran DSKP Bagi Matapelajaran Pendidikan Muzik Tahun 4 (2014) Siri 2

Kursus penyebaran Dokumen Standard kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi matapelajaran Pendidikan Muzik Tahun 4 telah pun dilaksanakan pada 21 hingga 23 Oktober 2013 di Pusat Sumber, SK Demang Taha, Masjid Tanah. Kursus ini melibatkan semua guru yang akan mengajar matapelajaran Pendidikan Muzik pada tahun 2014. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kursus tersebut dan mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan dimana semua peserta mengambil bahagian dalam setiap tugasan dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Pembentangan Ekspresi Muzik



Persembahan Ekspresi Muzik

 


Permainan Bowling Buah Kelapa



Permainan Melengkapkan Nilai Not

 

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2013

Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2013 telah dijalankan pada hari Isnin, 23 September 2013 dan hari Rabu 25 September 2013. Pelbagai aktivi telah dijalankan bagi memeriahkan majlis tersebut. Antaranya ialah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang yang bertuah, pertandingan pakaian beragam dari murid prasekolah, persembahan murid dan tayangan video. Sambutan daripada pelbagai pihak juga sangat menggalakkan malahan mendapat kerjasama dari semua panitia yang terlibat.

Terima Kasih atas kerjasama anda semua..!

Tahniah kepada pemenang..!

Persembahan Nyanyian Lagu Patriotik oleh Adik Muhammad Hakimi (5 Pintar)













Pertandingan Pakaian Beragam Prasekolah SKM1





 Tayangan Video Filem Embun sempena Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2013

 

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik 2013

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik 2013

Sempena Program Bulan Kemerdekaan ini, Panitia Pendidikan Muzik berkolaboratif bersama Panitia Sivik dan Kewarganegaraan dan Panitia Kajian Tempatan telah mengadakan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik yang dibuka kepada semua murid Tahun 5 SKM 1.

Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan dan mendapat sambutan yang hangat daripada semua murid Tahun 5. Pertandingan Separuh Akhir Nyanyian Lagu Patriotik telah diadakan pada 19 September 2013 bertempat di Bilik Muzik, SKM 1. Antara peserta yang terpilih ke Peringkat Separuh Akhir adalah seperti berikut:

5 Bestari
  • Muhammad Zufar Bin Kamarulzahirin
  • Muhammad Luqman Amirul Bin Ahmad Danis
  • Muhammad Nakib Afiq Bin Mazlan
  • Nur Alya Nafisah Binti Md Khair
  • Ainnur Fathiha Binti Suhaimi
5 Pintar
  • Muhammad Hazim Bin Rozali
  • Muhammad Hakimi Bin Abdul Latif
  • Nur Syafiqah Binti Ahmad Shafiq
  • Suhailah Binti Zulkifli
  • Wardiena Amisha Binti Abdul Rahman
5 Cerdik
  • Mohamad Fahmi Ezani Bin Norasikin
  • Erzam Bin Zamani
  • Firzanah Irfani Binti Rosli
  • Nashrul Emman Bin Hairudin
  • Nur Syazrena Sarah Binti Abdul Rahman

Pertandingan Akhir Nyanyian Lagu Patriotik pula telah diadakan pada 20 September 2013 dan telah pun mendapat keputusan akhir pertandingan setelah diadili oleh beberapa orang juri :

Tempat Pertama
Muhammad Hakimi Bin Abdul Latif

Tempat Kedua
Muhammad Nakib Afiq Bin Mazlan

Tempat Ketiga
Mohamad Fahmi Ezani Bin Norasikin

TAHNIAH kepada semua peserta!
Majlis Pelancaran Bulan Membaca 2013

Majlis Pelancaran Bulan Membaca 2013

Pada hari isnin yang lalu, Unit Pusat Sumber sekolah telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Membaca peringkat sekolah bagi tahun 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Merlimau Satu iaitu Pn. Hjh. Norlailah Binti Maeraj. Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan 'choral speaking' dwibahasa iaitu bahasa arab dan terjemahannya di dalam bahasa inggeris yang telah disampaikan oleh murid-murid tahun 2 Bestari (bahasa arab) dan 5 Bestari (bahasa inggeris).
Kejohanan Olahraga dan Balapan SKM 1 Tahun 2013

Kejohanan Olahraga dan Balapan SKM 1 Tahun 2013

Dengan penuh rasa kesyukuran, pihak Panitia Pendidikan Muzik dan Jawatankuasa Persembahan Murid khususnya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua murid tahun 4 dan 5 yang mengambil bahagian dalam persembahan pada pembukaan Kejohanan Olahraga dan Balapan tahun ini. Kegigihan dan kesungguhan mereka yang tidak berbelah bagi terhadap latihan dan persembahan amatlah dihargai setiap masa. Majoriti daripada mereka adalah yang pertama kali menyertai persembahan.. Tahniah..! Semoga penglibatan mereka ini dihargai oleh setiap warga sekolah.. Insya Allah..

(video akan diupload kemudian)
Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau

Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau

Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau telah diadakan pada 14 Mac 2013, Rabu. Panitia Muzik telah menghantar seorang wakil murid tahun 5 iaitu Muhammad Zufar Bin Kamarolzahirin dengan membawa lagu terjudul 'Luahan Hati' nyanyian asal Kumpulan Kristal. Tahniah kepada adik Muhammad Zufar kerana telah meraih tempat ke-8 pada pertandingan tersebut. Semoga beliau akan beroleh kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Tahniah!
Pertandingan Action Songs State Level

Pertandingan Action Songs State Level

Pertandingan Action Songs Peringkat Negeri Melaka telah pun diadakan pada hari Rabu, 26 Jun 2013 bertempat di SJK(C) Cheng. Panitia Bahasa Inggeris telah menghantar pasukan sekolah seramai 13 orang murid tahun 3 dengan membawa tema 'Sea Creatures'. Pasukan sekolah telah sedaya upaya melakukan yang terbaik walaubagaimanapun, nasib tidak menyebelahi mereka. Semangat yang ditunjukkan oleh ahli pasukan dan juga guru-guru yang melatih sememangnya patut mendapat pujian kerana mereka tidak pernah berputus asa untuk sentiasa melakukan yang terbaik. Semoga kejayaan akan berpihak kepada mereka yang bertungkus-lumus dalam mewujudkan sebuah pasukan terbaik pada masa-masa akan datang. Tahniah diucapkan kepada mereka.
Mesyuarat Agong PIBG SKM1 kali 38

Mesyuarat Agong PIBG SKM1 kali 38

Mesyuarat Agong PIBG SK Merlimau Satu telah diadakan pada 23 Februari 2013 yang lalu dengan menampilkan 2 buah persembahan murid iaitu Joget Lodeh Mak Lodeh (murid tahun 2) dan Tarian Tari Tualang Tiga (murid tahun 5). Dengan masa yang begitu singkat dan terhad, semua peserta telah dapat membuat persembahan dengan baik.

Penyampaian Hadiah Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris 2013

Majlis Penyampaian Hadiah bagi Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris disampaikan secara berperingkat bermula dengan Pertandingan Mewarna Kategori Prasekolah. Hadiah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKM  1 iaitu Pn. Hjh. Norlailah Binti Maeraj pada perhimpunan rasmi isnin yang lalu. Berikut adalah senarai nama pemenang yang telah berjaya mendapat tempat :

PERTANDINGAN REKACIPTA ALAT MUZIK DARI BAHAN KITAR SEMULA

Pertama  : Siti Nur Kamalia Binti Senin (5 Pintar)
Kedua     : Nur Qistina Binti Mohd Zaid (5 Bestari)
Ketiga     : Wira Amirul Ridwan Bin Wira Hadi (5 Pintar)
Keempat : Nur Syarah Binti Ramli (5 Bestari)
Kelima    : Muhammad Aqil Imran Bin Nazri (4 Bestari)

Barisan pemenang bersama hasil kerja masing-masing. TAHNIAH..!

Pertandingan Mewarna Murid Tahap 1

Pertandingan mewarna sempena Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris pada tahun ini bertajuk 'Fun With Musical Instruments' bagi tahun 2 dan 3 manakala bagi murid prasekolah dan tahun 1 bertajuk ' I Love Music' telah bermula pada hari Selasa yang lalu. Semua murid tahap 1 dibenarkan menyertai pertandingan ini sepanjang minggu panitia ini dijalankan. Para pemenang akan diumumkan setelah selesai sesi pengadilan dari pihak juri yang dilantik.

Pertandingan mewarna dijalankan di dalam kelas masing-masing







Senarai keputusan pertandingan mewarna Tahap 1 :

1 Bestari :
  • Aznur Syaliana
  • Muhammad Farid Muqri
  • Nur Atiqa Binti Dalini
1 Pintar :
  • Nur Fatin Syuhadah
  • Nur Wardah
  • Arif Muzammil
1 Cerdik :
  • Kamarudin
  • Muhammad Azlan Shah
  • Muhammad Addin Danish
2 Bestari :
  • Nur Fasya Arissa
  • Nur Wardina Safiyah 
  • Muhammad Afiq Afeendy
2 Pintar :
  • Muhammad Lokman Hakim
  • Adelia Nur Khadijah
  • Muhammad Aniq Hazman
2 Cerdik :
  • Nurul Aina Najihah
  • Aqmar Fahim Hakimi
  • Joanna Maisarah
3 Bestari :
  • Muhammad Fauzi
  • Faizzudin
  • Haikal

Program Lestari : Pertandingan rekacipta alat muzik dari bahan kitar semula

Pada petang isnin yang lalu, Panitia Muzik dan Bahasa Inggeris telah mengadakan Pertandingan Rekacipta Alat Muzik dari bahan kitar semula bagi murid-murid Tahap II. Disamping itu juga murid dibenarkan menghasilkan barangan lain daripada bahan kitar semula tersebut. Antara alatan muzik yang dapat dihasilkan ialah dram, marakas, mobile notasi muzik dan barangan hiasan. Murid dibahagikan mengikut kelab dan persatuan masing-masing tetapi penyertaan terbahagi kepada 2 kategori iaitu berkumpulan dan secara individu.

berbincang bersama-sama rakan

dram yang dihasilkan daripada tin

murid menghasilkan mobile notasi muzik

marakas dengan hiasan notasi muzik

tin yang dijadikan dram kecil

hasil kreatif daripada belon dan botol plastik

hasil murid : Gitar

hasil murid : marakas

hasil murid : mobile notasi muzik

Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris 2013

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T majlis pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Muzik dan Bahasa Inggeris telah dapat dijalankan dengan sempurna pada pagi Isnin, 18 Februari 2013 yang lalu. Majlis dirasmikan oleh GPK1, En. Karim Bin Miskiran dalam keadaan cuaca yang cerah dan ceria. Majlis ini juga diserikan lagi dengan persembahan murid dari kelas 2 Cerdik yang memainkan alat perkusi mengiringi lagu 'Main Muzik' dan 'See Saw' dan sekaligus dapat memberikan peluang kepada mereka berhadapan dengan khalayak ramai. Tahniah dan Terima Kasih kepada murid-murid 2 Cerdik atas kerjasama yang diberikan.

Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris oleh GPK Pentadbiran, En. Karim Bin Miskiran

Barisan GPK yang bersama-sama pada 
Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia 
dan Majlis Pelancaran  NILAM

Persembahan khas daripada murid-murid tahun 2 Cerdik
:: memainkan alat perkusi mengiringi lagu 'Main Muzik' dan 'See Saw' ::

Barisan guru-guru SKM 1