Projek sempena cuti sekolah 2012

Projek sempena cuti sekolah 2012

Cuti sekolah kali ini telah diisi dengan aktiviti mengemas bilik muzik. Pelbagai jenis pakaian dan kostum untuk persembahan telah disusun atur dengan baik bagi memudahkan proses penyelenggaraan stor penyimpanan pakaian dan kostum.. Jika ada kelapangan waktu lagi, kami bercadang untuk menambah mural di dinding luar bilik muzik.. Insya Allah..

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah 2012

Pada tanggal 6 November 2012 yang lalu, SK Merlimau Satu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah bagi sesi persekolahan Tahun 2012. Selaku Jawatankuasa Persembahan, kami telah menyediakan 3 persembahan yang telah dilatih semenjak sebelum Program Karnival Muzikal diadakan lagi. Antara persembahan tersebut ialah Tarian Lodeh Mak Lodeh (murid Tahun 1), Tarian Joget Pahang (murid Tahun 6) dan Ensemble Recorder (Tahun 5). Persembahan ini telah dilangsungkan secara berselang dengan sesi penyampaian hadiah.

Kumpulan Tarian Lodeh Mak Lodeh

Persembahan Ensemble Recorder

Kumpulan Tarian Joget Pahang 

Kumpulan Ensemble Recorder

Karnival Muzikal 2012

Sempena Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris, pihak panitia telah mengadakan Karnival Muzikal pada hari Khamis, 1 November 2012 yang lalu. Pelbagai aktiviti muzikal telah dipersembahkan oleh murid-murid yang mengambil bahagian. Karnival Muzikal ini adalah berkonsepkan persembahan dan pertandingan dimana setiap persembahan akan diadili oleh para penonton yang terdiri daripada murid tahun 6 dan guru-guru melalui undian bagi Kategori Persembahan Terbaik dan Persembahan Kreatif. Antara persembahan yang mengambil bahagian ialah Senamtari (Prasekolah), Tarian Lodeh Mak Lodeh (Tahun 1), Action Songs (Tahun 3), Tarian Kipas (Tahun 4&5), Ensemble Recorder (Tahun 5), Boria (Tahun 4 &5) dan Tarian Joget Pahang (Tahun 6).

Senamtari (Prasekolah)

Tarian Joget Lodeh Mak Lodeh (Tahun 1)

Tarian Kipas (Tahun 4 & 5)

Tarian Joget Pahang (Tahun 6)

Action Songs (Tahun 3)

Boria (Tahun 4 & 5)

Ensemble Recorder (Tahun 5)

Nyanyian (Tahun 5)



Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris

Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris telah berlangsung pada hari Isnin, 29 Oktober 2012. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, En. Karim Bin Miskiran. Bagi menyempurnakan majlis perasmian, 2 buah persembahan telah disediakan oleh Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris iaitu Nyanyian Solo oleh Juara Pertandingan 'Pencarian Bintang Baru' 2012 dan Choral Speaking oleh murid-murid tahun 5.

 Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris oleh
GPK Pentadbiran, En. Karim Bin Miskiran.

 Persembahan Nyanyian Solo oleh 
Juara 'Pencarian Bintang Baru' 2012, Muhammad Islah B. Roslan

Persembahan Choral Speaking oleh murid tahun 5 Bestari