Jemputan Persembahan di Sime Darby Plantation, Merlimau

Jemputan Persembahan di Sime Darby Plantation, Merlimau

Pasukan Tarian Bollywood telah mendapat jemputan untuk membuat persembahan di Sime Darby Plantation, Merlimau sempena Majlis Pelancaran 5S Ladang Kempas pada 20 November 2013. Jemputan ini juga merupakan satu penghargaan kepada pasukan penari yang julung-julung kali dijemput sempena majlis rasmi syarikat korporat. Tahniah diucapkan kepada semua penari yang telah membuat persembahan dengan bersungguh-sungguh semasa majlis tersebut.


Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan 2013

Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Kecemerlangan SKM1 tahun ini telah diadakan pada 12 November 2013 di Dewan SKM1. Antara persembahan yang telah di persembahkan pada hari tersebut ialah Tarian Bollywood, Tarian Kipas, Tari Tualang Tiga, Bicara Berirama dan Nasyid Kontemporari. Penglibatan murid adalah daripada murid tahun 3 hingga ke tahun 6.

Tarian Bollywood

Bicara Berirama

 Nasyid Kontemporari

Citrawarna Malaysia (Melayu, India, Cina)

Tarian Kipas

Tari Tualang Tiga

RIMUP 2013 di SK Seri Mendapat

SKM1 telah diberi tanggungjawab untuk membuat persembahan tarian bollywood pada Majlis Perasmian Program RIMUP di SK Seri Mendapat. Murid dari tahun 4 dan 5 telah dipilih dan menjadi peserta perkhemahan RIMUP.

 Tarian Bollywood SKM1


 Tarian Kipas SJKC 

Dikir Barat SK Seri Mendapat

Karnival Kesenian Murid 1Malaysia Peringkat Kebangsaan

Tanggal 17 November 2013 yang lalu, wakil sekolah telah dijemput untuk menyaksikan persembahan Karnival Kesenian Murid 1Malaysia Peringkat Kebangsaan di Kompleks Taman Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, Melaka. Peserta daripada seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dengan mempersembahkan pelbagai jenis tarian kebudayaan negeri masing-masing. Disamping itu, persembahan diselangi dengan teaer muzikal daripada beberapa buah negeri yang menerapkan nilai-nilai murni.






Lawatan Muhibah ke Sekolah Seni Johor Bahru

Unit kokurikulum PPD Jasin telah mengadakan lawatan muhibah ke Sekolah Seni Johor Bahru pada 29 Oktober 2013. Guru pembimbing Kelab Muzik Dan Kebudayaan SKM 1 iaitu Pn. Siti Aisah Binti Kasnaini dan Pn. Zuraidah Binti Md Jan @ Zainuddin telah dipilih untuk menyertai kumpulan deligasi rombongan PPD Jasin ini.

Pelbagai maklumat dan idea yang telah diperolehi sepanjang berada di Sekolah Seni tersebut yang boleh dimanfaatkan dan diaplikasikan kepada murid SKM 1. Disamping itu, kami mendapat penjelasan lanjut mengenai cara untuk memohon ke Sekolah Seni ini dan arah tuju murid-murid yang telah berjaya menamatkan pendidikan di sekolah ini.

pintu masuk ke Sekolah Seni Johor Bahru

Konsert Jabatan Pendidikan Melaka Bersama YAB Ketua Menteri Melaka 2013.



Konsert Jabatan Pendidikan Melaka bersama YAB Ketua Menteri Melaka telah diadakan pada tanggal 26 Oktober 2013 bertempat di Dewan Seri Negeri, Bangunan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Pihak sekolah telah dijemput bagi menyaksikan konsert tersebut disamping memanfaatkan segala ilmu malahan idea yang telah diperolehi. Konsert ini telah dijayakan sepenuhnya oleh para pelajar seluruh negeri melaka yang sangat hebat dalam bidang muzik dan kesenian.


Kursus Penyebaran DSKP Bagi Matapelajaran Pendidikan Muzik Tahun 4 (2014) Siri 2

Kursus penyebaran Dokumen Standard kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi matapelajaran Pendidikan Muzik Tahun 4 telah pun dilaksanakan pada 21 hingga 23 Oktober 2013 di Pusat Sumber, SK Demang Taha, Masjid Tanah. Kursus ini melibatkan semua guru yang akan mengajar matapelajaran Pendidikan Muzik pada tahun 2014. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang kursus tersebut dan mendapat maklum balas yang sangat memberangsangkan dimana semua peserta mengambil bahagian dalam setiap tugasan dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

Pembentangan Ekspresi Muzik



Persembahan Ekspresi Muzik

 


Permainan Bowling Buah Kelapa



Permainan Melengkapkan Nilai Not