Kejohanan Balapan dan Padang SK Merlimau Satu 2014

Kejohanan Balapan dan Padang SK Merlimau Satu 2014

Pada hari Khamis, 25 Jun 2014 minggu yang lalu, SK Merlimau Satu telah mengadakan aktiviti Kejohanan Balapan dan Padang bagi kali ke xx. Kejohanan ini diadakan di padang SKM 1 dengan sambutan yang sangat meriah daripada para guru, kakitangan, murid-murid dan ibupada amnya. 

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2014

Dengan tema 'Kembali ke Alam Persekolahan' pada tahun ini telah menyemarakkan lagi Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah SK Merlimau Satu 2014. Majoriti guru-guru semua mengambil inisiatif sendiri untuk mendapatkan kembali uniform sekolah masing-masing untuk di'gaya'kan pada hari bersejarah tersebut.

Sambutan secara sederhana tetapi sangat sangat sangat meriah telah meninggalkan satu kenangan yang sukar dilupakan bagi setiap individu dari kalangan guru, staf sokongan mahupun murid-murid SKM 1 itu sendiri. Ini adalah kerana mereka merasakan satu kejanggalan apabila melihat guru berpakaian seperti murid biasa.


Lawatan ke Ras Batik, Sungai Rambai, Melaka.

Lawatan ke Ras Batik, Sungai Rambai, Melaka.

Lawatan ke Ras Batik, Sungai Rambai adalah yang julung kalinya dianjurkan pada tahun ini. Dengan seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Muzik dan Kebudayaan dan Kelab Bahasa Inggeris.

Tentatif program pada hari tersebut ialah :
9.00   pagi  :  Berkumpul di Dataran Perhimpunan
9.30   pagi  :  Bertolak ke Ras Batik, Sungai Rambai
10.00 pagi  :  Tiba di Ras Batik, Sungai Rambai
10.15 pagi  :  Taklimat ringkas oleh pemilik Ras Batik, En. Rasli
10.40 pagi  :  Demonstrasi mencanting batik oleh En. Rasli
11.00 pagi  :  Peserta mengambil tempat cantingan batik secara individu dan membuat sendiri cantingan batik.
12.30 tgh    :  Rehat dan Makan Tengahari
2.00   ptg    :  Bertolak pulang ke SK Merlimau Satu

Peserta dibenarkan membawa balik hasil cantingan batik mereka sendiri. Secara keseluruhannya, semua peserta dapat membuat cantingan batik dengan kreativiti masing-masing. Sekalung Tahniah kepada semua peserta lawatan dan semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Minggu Kolaboratif Panitia Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual 2014

Minggu Kolaboratif Panitia Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual 2014

Tarikh 21-25 April 2014 telah mencatatkan sejarah bagi ketiga-tiga panitia iaitu Panitia Bahasa Inggeris, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual kerana telah berjaya melaksanakan aktiviti wajib sekolah iaitu Minggu Kolaboratif Panitia anjuran bersama Pusat Sumber Sekolah.

Minggu Panitia pada tahun ini sememangnya padat dengan pelbagai aktiviti yang sangat menarik dan bermanfaat untuk semua murid khususnya. Terdapat juga aktiviti luar yang sangat mendapat sambutan sehingga pihak penganjur terpaksa menolak permohonan lantaran tiada kekosongan tempat.


Jemputan Persembahan

Jemputan Persembahan

Pada 19 April 2014 yang lalu, Kelab Muzik dan Kebudayaan telah menerima jemputan persembahan di rumah salah seorang guru di SK Merlimau Satu iaitu En. Azian Bin Mohd Dali. Penari-penari sekolah telah dijemput untuk membuat persembahan sempena Majlis Perkahwinan anak beliau yang telah diadakan di Kampung Tersusun, Telok Mas, Melaka. Seramai 4 orang penari telah membuat persembahan dengan baik dan pihak tuan rumah juga sangat berpuas hati dengan persembahan mereka. Mereka mempersembahkan tarian joget, zapin dan inang secara medley pada hari tersebut.

Tahniah diucapkan pada penari-penari Kelab Muzik dan Kebudayaan sesi 2014.