iklan banner
Projek sempena cuti sekolah 2012

Projek sempena cuti sekolah 2012

Cuti sekolah kali ini telah diisi dengan aktiviti mengemas bilik muzik. Pelbagai jenis pakaian dan kostum untuk persembahan telah disusun atur dengan baik bagi memudahkan proses penyelenggaraan stor penyimpanan pakaian dan kostum.. Jika ada kelapangan waktu lagi, kami bercadang untuk menambah mural di dinding luar bilik muzik.. Insya Allah..

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah 2012

Pada tanggal 6 November 2012 yang lalu, SK Merlimau Satu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Hadiah bagi sesi persekolahan Tahun 2012. Selaku Jawatankuasa Persembahan, kami telah menyediakan 3 persembahan yang telah dilatih semenjak sebelum Program Karnival Muzikal diadakan lagi. Antara persembahan tersebut ialah Tarian Lodeh Mak Lodeh (murid Tahun 1), Tarian Joget Pahang (murid Tahun 6) dan Ensemble Recorder (Tahun 5). Persembahan ini telah dilangsungkan secara berselang dengan sesi penyampaian hadiah.

Kumpulan Tarian Lodeh Mak Lodeh

Persembahan Ensemble Recorder

Kumpulan Tarian Joget Pahang 

Kumpulan Ensemble Recorder

Karnival Muzikal 2012

Sempena Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris, pihak panitia telah mengadakan Karnival Muzikal pada hari Khamis, 1 November 2012 yang lalu. Pelbagai aktiviti muzikal telah dipersembahkan oleh murid-murid yang mengambil bahagian. Karnival Muzikal ini adalah berkonsepkan persembahan dan pertandingan dimana setiap persembahan akan diadili oleh para penonton yang terdiri daripada murid tahun 6 dan guru-guru melalui undian bagi Kategori Persembahan Terbaik dan Persembahan Kreatif. Antara persembahan yang mengambil bahagian ialah Senamtari (Prasekolah), Tarian Lodeh Mak Lodeh (Tahun 1), Action Songs (Tahun 3), Tarian Kipas (Tahun 4&5), Ensemble Recorder (Tahun 5), Boria (Tahun 4 &5) dan Tarian Joget Pahang (Tahun 6).

Senamtari (Prasekolah)

Tarian Joget Lodeh Mak Lodeh (Tahun 1)

Tarian Kipas (Tahun 4 & 5)

Tarian Joget Pahang (Tahun 6)

Action Songs (Tahun 3)

Boria (Tahun 4 & 5)

Ensemble Recorder (Tahun 5)

Nyanyian (Tahun 5)



Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris

Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris telah berlangsung pada hari Isnin, 29 Oktober 2012. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, En. Karim Bin Miskiran. Bagi menyempurnakan majlis perasmian, 2 buah persembahan telah disediakan oleh Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris iaitu Nyanyian Solo oleh Juara Pertandingan 'Pencarian Bintang Baru' 2012 dan Choral Speaking oleh murid-murid tahun 5.

 Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris oleh
GPK Pentadbiran, En. Karim Bin Miskiran.

 Persembahan Nyanyian Solo oleh 
Juara 'Pencarian Bintang Baru' 2012, Muhammad Islah B. Roslan

Persembahan Choral Speaking oleh murid tahun 5 Bestari

Pertandingan 'Pencarian Bintang Baru'

Program Selepas UPSR 2012 bagi Panitia Pendidikan Muzik pada tahun ini telah dijadualkan pada hari Selasa, 23 Oktober 2012 bertempat di Dewan SK Merlimau Satu. Pertandingan bermula pada pukul 8.00 pagi dengan penyertaan murid seramai 20 orang. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Kategori Lelaki dan Kategori Perempuan.

Keputusan pertandingan adalah muktamad.

Berikut merupakan senarai pemenang Pertandingan 'Pencarian Bintang Baru' 2012 :

Kategori Lelaki
Tempat Pertama : Muhammad Islah Bin Roslan
Tempat Kedua   : Muhammad Irman Bin Masri
Tempat Ketiga   : Ashraf Bin Rosman

Kategori Perempuan
Tempat Pertama  : Ainin Nabila Binti Abd Jalal
Tempat Kedua    : Nur Ammirah Binti Alias
Tempat Ketiga    : Eminylia Binti Rizuan

 Barisan Pentadbir SK Merlimau Satu

Barisan Peserta Pertandingan "Pencarian Bintang Baru' 2012

Persembahan Penutup Bulan Membaca 2012

Majlis Penutup Bulan Membaca telahpun dilaksanakan dengan jayanya pada 3 September 2012 dengan pelbagai acara penutup. Antaranya ialah gabungan persembahan ensemble rekorder murid tahun 5 dengan membawa himpunan lagu-lagu KSSR Tahun 2 iaitu Berlari Di Padang, Isai Karuvigal, See Saw dan Lagu So Mi.



Pertandingan Ensemble Recorder Tahun 4 & 5

Pertandingan Ensemble Recorder Tahun 4 & 5

Sebelum cuti pertengahan penggal II bersamaan dengan cuti sempena sambutan hari raya aidilfitri yang lalu, Panitia Pendidikan Muzik telah bekerjasama dengan Pusat Sumber Sekolah mengadakan Pertandingan Ensemble Recorder Tahun 4 & 5.. penyertaan terbuka kepada semua kelas tahun 4 & 5.. setelah melalui beberapa tapisan dan latihan.. hanya empat kumpulan bagi setiap tahun layak untuk ke peringkat akhir. Pertandingan peringkat akhir telah diadakan bertempat di bilik muzik dengan diadili oleh 2 orang juri jemputan yang terdiri dari kalangan guru-guru SKM1 juga.

Keputusan hakim adalah muktamad dan akan diumumkan pada majlis penyampaian hadiah sempena majlis penutupan Bulan Membaca peringkat sekolah pada hari Isnin, 3 September 2012 ini nanti. Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian.


Senamrobik serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia telah pun dapat dilaksanakan dengan jayanya pada pagi hari Selasa, 10 Julai 2012 serentak seluruh Malaysia termasuk juga warga SKM1. Dimulai dengan perhimpunan pagi seterusnya ucapan pembukaan dan aktiviti memanaskan badan oleh guru PJK En. Shawaluddinnor dan diteruskan dengan acara senamrobik serentak yang diketuai oleh barisan guru dan wakil Kelab Muzik dan Kebudayaan. Tahniah kepada seluruh warga SKM1 kerana telah bersama-sama menjayakan program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia untuk diwartakan di dalam Malaysia Book of Records bagi tahun 2012. Tahniah dan Terima Kasih atas kerjasama semua pihak..!


Perkhemahan Pengakap Jemputan Kawasan Sungai Rambai

Perkhemahan Pengakap Jemputan Kawasan Sungai Rambai

Pasukan Boria dan kumpulan tarian kipas SKM1 telah dijemput untuk membuat persembahan pada malam kebudayaan perkhemahan tersebut iaitu pada hari Sabtu, 7 Julai 2012. Dengan kekuatan pasukan boria yang hanya seramai 8 orang sahaja, mereka telah berjaya membuktikan kesungguhan pada malam tersebut. Kumpulan Tarian Kipas juga tidak kurang hebatnya memberikan persembahan yang terbaik.


Sambutan Hari Guru SK Merlimau Satu 2012

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah pun berlalu dengan jayanya pada 16 Mei 2012. Pelbagai aktiviti telah dijalankan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kelab Muzik dan Kebudayaan tidak ketinggalan untuk menyediakan 2 persembahan yang julung-julung kalinya dipersembahkan kepada warga SKM1. Kerjasama daripada semua pihak amat dihargai.. Terima Kasih semua..! :)

 Persembahan Tarian Zapin Guru-Guru SKM1

 Persembahan Tarian Zapin Guru-Guru SKM1

 Persembahan Tarian 'Hantu' dan iringan lagu 'Ampuniku'

KRU - Ampuniku



Lagu yang diangkat sebagai lagu pengiktirafan kepada guru-guru SK Merlimau Satu sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan pada 16 Mei 2012 nanti. Kredit to KRU

AMPUNIKU - KRU
Terlantar dalam kekusutan umpama tiada harapan
Terlalu banyak kesilapan terlanjur kulakukan
Ku tahu aku selalu terleka
Ku tahu ku tak sempurna lima
Timbul rasa insaf
Tersedar dari godaan dunia

Daku mahu kembali ke jalan yang sebenar
Tekad sedaya upaya agar dikau sudi terima

Tinggalkan segala yang sudah
Ku di dalam gelisah
Ku mendoakan kau ampuni segala dosa
Hatiku tidak akan berubah
Dengan yakin ku bersumpah
Aku bersujud agar Kau ampuni diriku
Ampuniku

Inginku mengubahkan cara menjadi insan lebih setia
Merintih dengan air mata menyerah jiwa raga
Apabila sudah tiba masanya nyawaku tiada di dunia
Ambillahku dekat pada-Mu
Itu saja pintaku

Walau tak mungkin mampu penuhi harapan-Mu
Namun daku merayukan pengampunan dari-Mu Tuhan

Aku hanyalah manusia biasa
Yang terkandas di perjalanan
Ingin pulang ke pangkuan

Pertandingan Action Songs Peringkat Daerah Jasin 2012

Pada 2 Mei 2012 yang lalu, SK Merlimau Satu telah dilantik sebagai pengelola Pertandingan Action Songs Peringkat Daerah Jasin dan sekaligus menjadi wakil pengelola Pertandingan Action Songs Peringkat Negeri Melaka yang akan diadakan pada 19 Mei 2012 nanti. Sebanyak 4 buah sekolah telah mengambil bahagian iaitu SK Parit Penghulu, SK Pulai, SK Serkam Darat dan SK Merlimau Satu. Walaubagaimanapun, hanya 3 buah sekolah sahaja yang berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri iaitu SK Merlimau Satu (Johan), SK Serkam Darat (Naib Johan) dan SK Parit Penghulu (Ketiga). Berkat usaha gigih semua murid yang mengambil bahagian dan pasukan guru pembimbing, diharapkan agar SK Merlimau Satu akan beroleh kejayaan pada pertandingan peringkat negeri nanti. Insya Allah.


Hari Tanpa Kantin 2012

Hari Tanpa Kantin SK Merlimau Satu telah diadakan pada 26 April 2012 yang lalu. Antara produk jualan Kafe Kelab Muzik dan Kebudayaan ialah Tiramisu, Chocolate Volcano Cake, Cake Pops, Apam Music Notes, Marshmallow Twist, bookmark, hairclips, hairband dan pelbagai jenis air panas dan sejuk. Stesyen Kelab Muzik dan Kebudayaan pula menawarkan perkhidmatan 'tuju lagu' dan permintaan lagu. Dengan sambutan yang sangat mengalakkan, kami berjaya mencapai target jualan dan memperolehi pulangan yang sangat memuaskan. Semoga kejayaan kami ini dapat dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.



 orang-orang kuat di bahagian 'Kafe Kelab Muzik dan Kebudayaan'

orang kuat di bahagian 'Stesyen Kelab Muzik dan Kebudayaan'

Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2012

Karnival Pendidikan Negeri Melaka telah berlangsung pada 5-8 April 2012 bertempat di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Pelbagai maklumat boleh diperolehi daripada pameran tersebut antaranya ialah maklumat berkaitan alat-alat muzik moden seperti keyboard, piano, dram, gitar, trombon, alat-alat perkusi terkini dan banyak lagi. Bahan-bahan ini akan ditempatkan di Sudut Perpustakaan Mini di Bilik Muzik untuk manfaat bersama.



Terima Kasih kepada
Bentley Music Sdn. Bhd. : www.bentleymusic.com dan
City Music (Melaka) Sdn. Bhd. : http://www.facebook.com/City-Music-Melaka atas sumbangan bahan dan cenderahati.

Lawatan ke SK Seri Biram, Pekan Pahang.

Pada hari Sabtu, 31 Mac 2012 yang lalu, warga kerja SK Merlimau Satu telah mengadakan lawatan sehari ke SK Seri Biram, Pekan Pahang Darul Makmur. Pelbagai maklumat telah kami perolehi terutamanya dalam mencapai hala tuju ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi. Semoga budaya kerja warga SK Seri Biram dapat diterapkan dan dicontohi oleh semua.

Perkhemahan Badan Beruniform Sekolah Rendah Negeri Melaka 2012

Pada 2-4 April 2012 telah diadakan Perkhemahan Pasukan Badan Beruniform peringkat Negeri Melaka di Kem Pengakap Tan Chay Yan, Melaka yang juga merupakan aktiviti kelolaan Sekolah Kebangsaan Merlimau Satu. Sebagai tuan rumah, kami telah menyediakan 2 persembahan tarian iaitu Tarian Jingkli Nona dan Tarian Kipas. Terima Kasih kepada penari-penari kami yang sangat kental menjalani latihan. Tahniah.!

(Berdiri dari kiri : Nur Hani Izzati, Puteri Ellya Sofea, Izzah Amirah,
Duduk dari kiri : Yusrina Ayuni, Arig, SIti Hayranie)



Pertandingan Nyanyian Solo Kawasan Merlimau

Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Kawasan Merlimau telah pun dijalankan pada hari Rabu, 28 Mac 2012 bertempat di SK Sempang. Pihak sekolah telah menyediakan 2 orang peserta iaitu Muhammad Hafizi Bin Jaafar Sedek (6 Cerdik) yang menyampaikan lagu 'Sofea Jane' nyanyian asal oleh Black Mentor dan Aina Amani Binti Aznal (6 Bestari) yang menyampaikan lagu 'Nirmala' nyanyian asal oleh Datuk Siti Nurhaliza. Kedua-dua mereka telah mendapat tempat saguhati walaubagaimanapun, usaha mereka tetap dihargai. Syabas dan tahniah untuk mereka berdua. Tingkatkan usaha lagi pada masa akan datang.

Aina Amani Binti Aznal

Persembahan Tarian Kipas, Tarian Ulek Mayang dan Nazam sempena Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38

Bersempena dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 38 sesi 2012 yang telah diadakan pada 25 Februari 2012 yang lalu, Ahli Jawatankuasa Persembahan (termasuk Unit Panitia Muzik dan Kelab Muzik dan Kebudayaan) telah mempersembahkan bakat murid-murid SK Merlimau Satu dalam aktiviti tarian kipas (dengan iringan muzik 'Dayung Sampan') dan tarian ulek mayang. Kumpulan nazam SKM1 yang telah pun mewakili sekolah ke peringkat negeri pada bulan Februari yang lalu juga membuat persembahan mereka pada hari tersebut. Dengan masa latihan yang sangat terhad, murid-murid ini telah berjaya membuat persembahan dengan baik dan bersemangat. Terima Kasih kepada semua tenaga kerja dan anak-anak didik kami yang berdedikasi ini..

Kumpulan Tarian Ulek Mayang 

Kumpulan Nazam 

Kumpulan Tarian Kipas

Kumpulan Tarian Ulek Mayang



Persembahan Tarian Kipas dengan iringan lagu 'Dayung Sampan' by He Yun & Noraniza Idris

Mural Bilik Muzik SKM 1

Pada cuti akhir tahun lalu, Panitia Pendidikan Muzik dan ahli-ahlinya telah berpakat untuk melukis mural di bilik muzik. Kami mengambil masa selama 2 hari untuk menyiapkan mural tersebut walaubagaimanapun, kami amat berpuas hati dengan hasil akhir mural itu dengan mengambil pepatah inggeris "a world without MUSIC would be nothing".



Pasukan Boria SKM 1 Tahun 2011

Pasukan Boria SKM1 yang terdiri daripada murid tahun 4 dan 5 telah ditubuhkan pada tahun 2011. Mereka telah mengecap kejayaan cemerlang dalam pertandingan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat daerah Jasin yang telah diadakan di SK Serkam Darat tahun yang sama. Seterusnya, mereka berjaya mara ke peringkat negeri yang telah diadakan di Melaka Mall pada tahun tersebut. Semoga mereka berjaya mengekalkan   kejayaan yang cemerlang pada tahun ini dan akan datang.

Berdiri dari kiri : Muhd Adham, Abd Rahmaan, Syaqeq Asyraf, Muhd Naqib Danial, Muhd Amirul Hazim, Aniq Zakwan, Muhd Firdaus, Muhd Nadzri, Saib Haziq.
Duduk dari kiri : Aidiel Izzaharuddin, Ashraf, Muhd Irman, Muhd Azwan, Farid Hakimi, Muhd Aiman Haziq

Perpustakaan Mini

Dalam usaha meningkatkan taraf bilik muzik SKM1 pada masa kini, jawatankuasa panitia telah berusaha mewujudkan sudut perpustakaan mini di dalam bilik muzik. Antara bahan bacaan dan rujukan yang boleh diperolehi daripada perpustakaan kami ialah

(terbitan Arkib Negara Malaysia 2004)










Belajar Muzik Lagu Mudah Rekoder
(terbitan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2006)









(terbitan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2006)











(terbitan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2006)













Siri lain (dalam senarai) yang akan di tempatkan di bilik muzik ialah

Sepanjang Riwayatku
(terbitan Arkib Negara Malaysia 2004)









(terbitan Arkib Negara Malaysia 2004)










Hazim, Aizat & Muzik (novel remaja)









(terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka)











Siri Novel Kanak-Kanak
Gadis Piano
Gitar dan Lolipop
Aku Bukan Superstar

Siri Lagu CD dan DVD terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Seni Persembahan Boria
Dendang Dan Tari Si Manja 1
Dengarlah Sayang
Lagu Kanak-Kanak Jilid 1 Tahap 1
Lagu Kanak-Kanak Jilid 2 Tahap 2
Lagu Kanak-Kanak Jilid 3 Tahap 1