Mesyuarat Agung PIBG SK Merlimau (1) Tahun 2017

Bertarikh 25 Februari 2017, hari Sabtu yang lalu, SK Merlimau (1) telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 37 di Dewan SK Merlimau (1). Seperti biasa, tugasan yang digalas oleh guru muzik dan penasihat Kelab Muzik, Kebuyaan & Rekreasi ialah di bahagian persembahan murid.

Buat julung kalinya SKM1 Dancers mempunyai kumpulan penari lelaki seramai 5 orang yang terdiri daripada murid tahun 2 dan 3. Tema kali ini telah kami putuskan iaitu tarian joget dengan membawakan lagu 'Joget Serampang Laut' Nyanyian Sharifah Aini dan Herman Tino. Berbekalkan asas menari yang ada dan kekangan waktu untuk berlatih, SKM1 Dancers berjaya membuat persembahan yang menarik perhatian hadirin. Tahniah SKM1 Dancers!


Music Time Programme (Yamaha Music)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas peluang yang diperolehi oleh ahli Kelab Muzik, Kebudayaan & Rekreasi antara sekolah yang terpilih untuk mengikuti Program Music Time. Dengan harapan agar ahli kelab merebut peluang yang ada dan dimanfaatkan sepenuhnya. Seramai 11 orang murid tahun 4 akan mengikuti program kali pertama ini. Didoakan agar mereka diterangkan hati dan dipermudahkan segala urusan. Insya Allah.

Kebanyakkan daripada ahli kelab baru tahun ini merupakan penari tetap semenjak mereka di prasekolah lagi. Selepas sesi pemilihan, mereka diserapkan ke dalam kumpulan program Music Time bersama beberapa orang murid yang lain.