Mural Bilik Muzik SKM 1

Pada cuti akhir tahun lalu, Panitia Pendidikan Muzik dan ahli-ahlinya telah berpakat untuk melukis mural di bilik muzik. Kami mengambil masa selama 2 hari untuk menyiapkan mural tersebut walaubagaimanapun, kami amat berpuas hati dengan hasil akhir mural itu dengan mengambil pepatah inggeris "a world without MUSIC would be nothing".



Pasukan Boria SKM 1 Tahun 2011

Pasukan Boria SKM1 yang terdiri daripada murid tahun 4 dan 5 telah ditubuhkan pada tahun 2011. Mereka telah mengecap kejayaan cemerlang dalam pertandingan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat daerah Jasin yang telah diadakan di SK Serkam Darat tahun yang sama. Seterusnya, mereka berjaya mara ke peringkat negeri yang telah diadakan di Melaka Mall pada tahun tersebut. Semoga mereka berjaya mengekalkan   kejayaan yang cemerlang pada tahun ini dan akan datang.

Berdiri dari kiri : Muhd Adham, Abd Rahmaan, Syaqeq Asyraf, Muhd Naqib Danial, Muhd Amirul Hazim, Aniq Zakwan, Muhd Firdaus, Muhd Nadzri, Saib Haziq.
Duduk dari kiri : Aidiel Izzaharuddin, Ashraf, Muhd Irman, Muhd Azwan, Farid Hakimi, Muhd Aiman Haziq

Perpustakaan Mini

Dalam usaha meningkatkan taraf bilik muzik SKM1 pada masa kini, jawatankuasa panitia telah berusaha mewujudkan sudut perpustakaan mini di dalam bilik muzik. Antara bahan bacaan dan rujukan yang boleh diperolehi daripada perpustakaan kami ialah

(terbitan Arkib Negara Malaysia 2004)










Belajar Muzik Lagu Mudah Rekoder
(terbitan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2006)









(terbitan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2006)











(terbitan Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2006)













Siri lain (dalam senarai) yang akan di tempatkan di bilik muzik ialah

Sepanjang Riwayatku
(terbitan Arkib Negara Malaysia 2004)









(terbitan Arkib Negara Malaysia 2004)










Hazim, Aizat & Muzik (novel remaja)









(terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka)











Siri Novel Kanak-Kanak
Gadis Piano
Gitar dan Lolipop
Aku Bukan Superstar

Siri Lagu CD dan DVD terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Seni Persembahan Boria
Dendang Dan Tari Si Manja 1
Dengarlah Sayang
Lagu Kanak-Kanak Jilid 1 Tahap 1
Lagu Kanak-Kanak Jilid 2 Tahap 2
Lagu Kanak-Kanak Jilid 3 Tahap 1
Lirik Lagu SK Merlimau Satu

Lirik Lagu SK Merlimau Satu

Berusaha Pasti Berjaya


Merlimau Satu sekolah kita,
Terus maju dan berjaya,
Bersatu padu amalan kita,
Warisi sejarah dulu kala,

Tabah gagah murid kita hadap cabaran,
Teruskan berjuang menuju ke hadapan,
Atasi segala rintangan yang mendatang,
Kehidupan ini perjuangan.

Dunia dikelek akhirat dijunjung,
Amalan baik tetap disanjung,
Gembleng tenaga teruskan kerjasama,
Berusaha Pasti Berjaya.
Lirik Lagu Wawasan Pendidikan Melaka

Lirik Lagu Wawasan Pendidikan Melaka

Wawasan Pendidikan Melaka


Disini di neg'ri bertuah ini,
Harmoni, berbudaya, bersejarah,
Bermula satu peradaban bangsa,
Berdaulat nama mu Melaka.

Mendidik anak bangsa semua,
Akademik tinggi menjulang,
Sahsiah terpuji dan terbilang,
Menjadi pewaris dan pejuang.

Melaka termasyhur namamu,
Gurunya tekun dan berwibawa,
Pelajar berilmu dan berjaya,
Wawasan Pendidikan Melaka.

Kami berjanji berusaha sekata,
Berkhidmat bertindak segera,
Menuju pendidikan bestari,
Untuk negeri Melaka.
Lirik Lagu Melaka Maju Jaya

Lirik Lagu Melaka Maju Jaya

Melaka Maju Jaya

Melaka negeri bersejarah,
Tempat tumpah darah kita,
Dijunjung dengan sepenuh jiwa,
Untuk maju dan jaya,

Rakyat Melaka sudah bersatu padu,
Berikrar taat setia,
Jujur berkhidmat setiap masa,
Melaka Maju Jaya.
Rancangan Pelajaran Tahunan 2012

Rancangan Pelajaran Tahunan 2012

Rancangan Pelajaran Tahunan 2012 ini telah dikemaskini mengikut takwim tahunan Sekolah Kebangsaan Merlimau Satu tahun 2012 dengan merujuk kepada RPT matapelajaran Pendidikan Muzik asal yang diperolehi daripada Unit Sains Sosial, Jabatan Pelajaran Melaka.

(kesemua RPT ini telah dimuat turun)