Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau 2017

Selasa, 28 Mac 2017

Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Kawasan Merlimau telah diadakan di sekolah pengelola iaitu di Sekolah Kebangsaan Merlimau 2. Pertandingan kali ini disertai oleh 12 orang murid tahun 4 iaitu Muhammad Ikhwan Bin Hishamuddin membawa lagu Sedalam-dalam Rindu dan Muhammad Amin Haziq Bin Fadhullah.

Rezeki kali ini berpihak kepada Muhammad Amin Haziq Bin Fadhullah dengan mendapat saguhati tempat ke 5. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta ini. Moga semakin berjaya ditahun akan datang.



Majlis Persaraan Pn. Norleza Binti Arsat

28 Februari 2017 merupakan hari terakhir salah seorang guru Bahasa Melayu yang berpengalaman iaitu Pn. Hjh Norleza Binti Arsat. Tema majlis pada kali ini ialah berkonsepkan tradisional. Dengan kerjasama semua pihak, segala yang dirancangkan dapat dijalankan dengan lancar. SKM1 Dancers pada kali ini membawakan tarian yang sama temanya iaitu Tarian Joget Serampang Laut dan persembahan kumpulan pertama SKM1 Dancers yang terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 bertemakan pendekar wanita.