iklan banner

Pertandingan Mewarna Murid Tahap 1

Pertandingan mewarna sempena Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris pada tahun ini bertajuk 'Fun With Musical Instruments' bagi tahun 2 dan 3 manakala bagi murid prasekolah dan tahun 1 bertajuk ' I Love Music' telah bermula pada hari Selasa yang lalu. Semua murid tahap 1 dibenarkan menyertai pertandingan ini sepanjang minggu panitia ini dijalankan. Para pemenang akan diumumkan setelah selesai sesi pengadilan dari pihak juri yang dilantik.

Pertandingan mewarna dijalankan di dalam kelas masing-masing







Senarai keputusan pertandingan mewarna Tahap 1 :

1 Bestari :
  • Aznur Syaliana
  • Muhammad Farid Muqri
  • Nur Atiqa Binti Dalini
1 Pintar :
  • Nur Fatin Syuhadah
  • Nur Wardah
  • Arif Muzammil
1 Cerdik :
  • Kamarudin
  • Muhammad Azlan Shah
  • Muhammad Addin Danish
2 Bestari :
  • Nur Fasya Arissa
  • Nur Wardina Safiyah 
  • Muhammad Afiq Afeendy
2 Pintar :
  • Muhammad Lokman Hakim
  • Adelia Nur Khadijah
  • Muhammad Aniq Hazman
2 Cerdik :
  • Nurul Aina Najihah
  • Aqmar Fahim Hakimi
  • Joanna Maisarah
3 Bestari :
  • Muhammad Fauzi
  • Faizzudin
  • Haikal

Program Lestari : Pertandingan rekacipta alat muzik dari bahan kitar semula

Pada petang isnin yang lalu, Panitia Muzik dan Bahasa Inggeris telah mengadakan Pertandingan Rekacipta Alat Muzik dari bahan kitar semula bagi murid-murid Tahap II. Disamping itu juga murid dibenarkan menghasilkan barangan lain daripada bahan kitar semula tersebut. Antara alatan muzik yang dapat dihasilkan ialah dram, marakas, mobile notasi muzik dan barangan hiasan. Murid dibahagikan mengikut kelab dan persatuan masing-masing tetapi penyertaan terbahagi kepada 2 kategori iaitu berkumpulan dan secara individu.

berbincang bersama-sama rakan

dram yang dihasilkan daripada tin

murid menghasilkan mobile notasi muzik

marakas dengan hiasan notasi muzik

tin yang dijadikan dram kecil

hasil kreatif daripada belon dan botol plastik

hasil murid : Gitar

hasil murid : marakas

hasil murid : mobile notasi muzik

Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris 2013

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T majlis pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Muzik dan Bahasa Inggeris telah dapat dijalankan dengan sempurna pada pagi Isnin, 18 Februari 2013 yang lalu. Majlis dirasmikan oleh GPK1, En. Karim Bin Miskiran dalam keadaan cuaca yang cerah dan ceria. Majlis ini juga diserikan lagi dengan persembahan murid dari kelas 2 Cerdik yang memainkan alat perkusi mengiringi lagu 'Main Muzik' dan 'See Saw' dan sekaligus dapat memberikan peluang kepada mereka berhadapan dengan khalayak ramai. Tahniah dan Terima Kasih kepada murid-murid 2 Cerdik atas kerjasama yang diberikan.

Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris oleh GPK Pentadbiran, En. Karim Bin Miskiran

Barisan GPK yang bersama-sama pada 
Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia 
dan Majlis Pelancaran  NILAM

Persembahan khas daripada murid-murid tahun 2 Cerdik
:: memainkan alat perkusi mengiringi lagu 'Main Muzik' dan 'See Saw' ::

Barisan guru-guru SKM 1