iklan banner

Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris 2013

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T majlis pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Muzik dan Bahasa Inggeris telah dapat dijalankan dengan sempurna pada pagi Isnin, 18 Februari 2013 yang lalu. Majlis dirasmikan oleh GPK1, En. Karim Bin Miskiran dalam keadaan cuaca yang cerah dan ceria. Majlis ini juga diserikan lagi dengan persembahan murid dari kelas 2 Cerdik yang memainkan alat perkusi mengiringi lagu 'Main Muzik' dan 'See Saw' dan sekaligus dapat memberikan peluang kepada mereka berhadapan dengan khalayak ramai. Tahniah dan Terima Kasih kepada murid-murid 2 Cerdik atas kerjasama yang diberikan.

Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia Pendidikan Muzik dan Bahasa Inggeris oleh GPK Pentadbiran, En. Karim Bin Miskiran

Barisan GPK yang bersama-sama pada 
Majlis Pelancaran Minggu Kolaborasi Panitia 
dan Majlis Pelancaran  NILAM

Persembahan khas daripada murid-murid tahun 2 Cerdik
:: memainkan alat perkusi mengiringi lagu 'Main Muzik' dan 'See Saw' ::

Barisan guru-guru SKM 1


EmoticonEmoticon