Lirik Lagu Wawasan Pendidikan Melaka

Wawasan Pendidikan Melaka


Disini di neg'ri bertuah ini,
Harmoni, berbudaya, bersejarah,
Bermula satu peradaban bangsa,
Berdaulat nama mu Melaka.

Mendidik anak bangsa semua,
Akademik tinggi menjulang,
Sahsiah terpuji dan terbilang,
Menjadi pewaris dan pejuang.

Melaka termasyhur namamu,
Gurunya tekun dan berwibawa,
Pelajar berilmu dan berjaya,
Wawasan Pendidikan Melaka.

Kami berjanji berusaha sekata,
Berkhidmat bertindak segera,
Menuju pendidikan bestari,
Untuk negeri Melaka.


EmoticonEmoticon