iklan banner
Minggu Kolaboratif Panitia Pendidikan Muzik, PSV & Unit PPDa

Minggu Kolaboratif Panitia Pendidikan Muzik, PSV & Unit PPDa


Minggu Kolaboratif Panitia Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni Visual dan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM dan Polis Diraja Malaysia telah pun melabuhkan tirainya secara rasminya pada hari Isnin 10 Oktober 2016 dalam Majlis Penutup Minggu Panitia. Majlis ringkas ini telah dirasmikan oleh Pn Hjh Norlailah Binti Maeraj selaku Guru Besar SK Merlimau (1).

Pelbagai aktiviti telahpun dijalankan sepanjang minggu lalu dengan bertemakan 'Pembelajaran Melalui Penerokaan' sesuai dengan matlamat kami iaitu memberikan pengalaman baru kepada murid terutamanya dalam menghasilkan idea-idea kreatif yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Murid juga berpeluang mengasah bakat terpendam melalui aktiviti kesenian dan berbentuk muzikal.

Antara pertandingan yang telah dijalankan ialah

  • Pertandingan Menyusun Lirik Lagu Tahap 1, 
  • Pertandingan Mewarna, 
  • Pertandingan Melukis Poster 
  • Bengkel Membuat Tanjak Tahun 4
  • Bengkel Membuat Alat Muzik dan Aktiviti Gunting & Lipatan Tahun 5
  • Bengkel Boneka Tahun 4
  • Bengkel Kolaj Tahun 5
  • Bengkel Pualaman Tahun 6
  • Pertandingan Pencarian Bintang Baru Tahun 6 
  • Ceramah & Pameran Anti Dadah

Persembahan sempena Pertandingan Sayembara Puisi Peringkat Negeri Melaka 2016

SK Merlimau (1) sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Sayembara Puisi Peringkat Negeri pada tahun ini. Pertandingan akan diadakan pada 28 Julai 2016 bertempat di Dewan SK Melrimau (1) dengan pelbagai persiapan telah disusun rapi bagi melancarkan program tersebut. Ahli Kelab Muzik, Kebudayaan & Rekreasi juga mengambil bahagian dalam persembahan dengan mempersembahkan 2 buah tarian.






Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau

Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah Peringkat Kawasan telah diadakan di SK Sebatu pada hari Rabu bersamaan 26 Mei 2016. Wakil dari SK Merlimau (1) pada tahun ini ialah adik Nur Najehah Binti Yusoff dan adik Muhammad Harris Bin Khairul Asmi. Kedua-dua peserta hanya mendapat saguhati walaubagaimanapun, pihak sekolah mengucapkan setinggi -tinggi penghargaan kepada kedua-dua peserta yang mewakili sekolah pada tahun ini. Semoga mereka berdua akan lebih berjaya pada masa akan datang.