iklan banner

Minggu Kolaboratif Panitia Bahasa Melayu, Pend Muzik & Pend Seni Visual

Minggu Kolaboratif Panitia Bahasa Melayu, Panitia Pendidikan Muzik & Panitia Pendidikan Seni Visual telah dijalankan pada 9 Mac sehingga 13 Mac 2015 yang lalu. Majlis Pelancaran Minggu Kolaboratif Panitia ini telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Merlimau (1) iaitu Pn. Hjh. Norlailah Binti Maeraj di tapak perhimpunan dengan meriahnya disusuli bersama gimik yang telah dirancang dengan teliti oleh Jawatankuasa Kerja kami. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian solo oleh murid yang tidak asing lagi dikalangan warga SKM 1 iaitu Adik Nur Najehah Binti Yusof .

Majlis Pelancaran Minggu Kolaboratif Panitia 2015
disempurnakan oleh Pn. Hjh. Norlailah Binti Maeraj, 
Guru Besar SK Merlimau (1)

Pn. Hjh. Norlailah meletakkan tanda dengan 
cap tapak tangan dipapan simen khas.

Guru Besar menurunkan tandatangan menandakan 
Majlis Pelancaran telah dirasmikan.

Pn. Hjh. Norlailah Binti Maeraj bersama barisan guru penyelaras
Program Minggu Kolaboratif Panitia 
Pn. Hapizah Md Dan (KP Bahasa Melayu), 
Pn. Siti Aisah Kasnaini  (KP Pend. Muzik) & 
Pn. Paridah Hashim (KP Pend. Seni Visual)

Adik Nur Najehah Binti Yusof menyampaikan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang"

Dayang-dayang pada majlis pelancaran minggu panitia







Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau

Pada 4 Mac 2015 yang lalu, Panitia Pendidikan Muzik telah memilih Nur Najehah Binti Yusof untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau yang telah diadakan di Japerun Sungai Rambai.

Adik Nur Najehah telah pun berpengalaman mewakili sekolah dalam bidang yang sama semenjak tahun lepas. Berbekalkan pengalaman yang ada, beliau telah berjaya meningkatkan tahap pencapaian dalam pertandingan ini pada tahun ini. Sekalung Tahniah diucapkan kepada beliau kerana telah berjaya menduduki tempat ke 5 daripada 30 orang peserta.

Semoga beliau akan beroleh kejayaan yang lebih baik lagi pada masa akan datang. Tahniah..!



Peserta-peserta Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kaw Merlimau 2015

Adik Nur Najehah Binti Yusof bersama piala dan sijil kemenangan. Tahniah..!

Adik Nur Najehah Binti Yusof bersama guru pembimbingnya.

Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 41/2015

Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 41/2015

Mesyuarat Agong PIBG Kali ke 41/2015 telah dilaksanakan pada 28 Februari 2015 bertempat di Dewan SK Merlimau (1). Panitia Pendidikan Muzik dan Kelab Muzik dan Kebudayaan telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan persembahan sempena mesyuarat tersebut. Pada tahun ini, kami dibantu oleh AJK PIBG - Ibubapa (sarana ibubapa) iaitu Puan Siti Noraini yang juga merupakan jurutari bekas murid-murid Tabika KEMAS. Beliau telah berjaya membawa mereka hingga ke peringkat kebangsaan pada tahun lepas. Memandangkan bekas murid tersebut telah melanjutkan pelajaran di SK Merlimau (1) maka, beliau berbesar hati untuk membantu dalam urusan persembahan terutamanya dalam bidang tarian.
Bengkel Tarian Tradisional

Bengkel Tarian Tradisional

Bengkel Tarian Tradisional anjuran Briged Kesenian Taman Buaya & Rekreasi, Ayer Keroh, Melaka telah diadakan selama 3 hari pada 26-28 Februari 2015. Seramai 2 orang guru dari Kelab Muzik dan Kebudayaan telah dihantar untuk menghadiri bengkel tersebut. 

Tiga tarian tradisional telah dapat dipelajari sepanjang bengkel tersebut iaitu tarian zapin, inang dan joget. Bengkel ini telah dipimpin oleh Puan Mastura dari SK Melaka Pindah yang juga bertugas sebagai Guru Besar di sekolah tersebut. Senaman seni juga turut dilakukan sebelum memulakan bengkel dan sebelum tamat bengkel.