iklan banner
Promosi Jelajah Sekolah Seni Malaysia, Johor Bahru

Promosi Jelajah Sekolah Seni Malaysia, Johor Bahru

Pada 14 Mac 2014, pihak sekolah telah dijemput untuk menghadiri Promosi Jelajah Sekolah Seni Malaysia yang diadakan di Panggung Seri, Kompleks Budaya, Ayer Keroh. Seramai 5 orang murid tahun 6 telah dipilih untuk menyertai lawatan tersebut.

Karnival BSN - Pertandingan Bakat Murid (Peringkat Akhir)

Karnival BSN - Pertandingan Bakat Murid (Peringkat Akhir)

Tahniah..!! Tahniah..!! Tahniah..!!
Sekalung Tahiah buat adik Nur Najehah Binti Yusof yang telah mendapat tempat keempat dalam Pertandingan Bakat Murid bagi Peringkat Akhir Negeri Melaka.

Ini juga merupakan kejayaan paling besar dan bermakna bagi adik Nur Najehah Binti Yusof yang baru pertama kali mewakili sekolah dalam pertandingan yang nyanyian disertainya dan merupakan kejayaan berganda baginya yang telahpun mendapat tempat ke-7 beberapa hari yang lalu dalam Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau. Tahniah dan teruskan usaha..
Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Negeri Melaka (Peringkat Saringan)

Pertandingan Tarian Sekolah Rendah Negeri Melaka (Peringkat Saringan)

Pertandingan tarian sekolah-sekolah rendah Negeri Melaka bagi peringkat saringan telah diadakan pada 15 Mac 2014 bertempat di Melaka Mall, Ayer Keroh bermula jam 9.00 pagi. Sebanyak 18 buah sekolah telah menyertai pertandingan peringkat saringan tersebut. Ini adalah merupakan penyertaan yang julung kali disertai oleh penari-penari SKM 1. Pengalaman yang diperolehi sepanjang menyertai pertandingan tersebut amatlah berharga dan dapat dijadikan sebagai garis panduan dan rujukan untuk penyertaan akan datang.

Walaubagaimanapun, tahniah diucapkan kepada semua penari kerana tidak pernah berputus atas untuk mencuba mempelajari teknik tarian yang asing bagi mereka. Tahiah juga diucapkan kepada guru pembimbing yang sama-sama turun padang untuk memastikan pasukan penari bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal. Semoga penari-penari SKM 1 akan memperolehi kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau 2014

Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau 2014

Pada 11 Mac 2014 yang lalu, pihak sekolah telah menghantar 2 orang peserta bagi menyertai Pertandingan Nyanyian Solo Peringkat Kawasan Merlimau. Pertandingan tersebut telah diadakan di Pusat Kegiatan Kemas, Serkam dengan seramai 32 orang peserta daripada sekolah-sekolah kawasan Merlimau.

Peserta dari SKM 1 yang telah menyertai pertandingan tersebut ialah Muhammad Zufar Bin Kamarolzahirin (6 Bestari) dan Nur Najehah Binti Yusof (4 Pintar). Sekalung tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta atas kesungguhan dan tahap keyakinan tinggi yang ditunjukkan semasa menyampaikan lagu. Tahniah diucapkan kepada adik Nur Najehah Binti Yusof kerana telah mendapat tempat ke-7 dalam pertandingan tersebut. Pihak sekolah mengharapkan agar kedua-dua peserta memperolehi kejayaan yang cemerlang pada masa-masa akan datang.