iklan banner
Majlis Pelancaran Bulan Membaca 2013

Majlis Pelancaran Bulan Membaca 2013

Pada hari isnin yang lalu, Unit Pusat Sumber sekolah telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Membaca peringkat sekolah bagi tahun 2013. Majlis telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Merlimau Satu iaitu Pn. Hjh. Norlailah Binti Maeraj. Majlis juga turut dimeriahkan dengan persembahan 'choral speaking' dwibahasa iaitu bahasa arab dan terjemahannya di dalam bahasa inggeris yang telah disampaikan oleh murid-murid tahun 2 Bestari (bahasa arab) dan 5 Bestari (bahasa inggeris).
Kejohanan Olahraga dan Balapan SKM 1 Tahun 2013

Kejohanan Olahraga dan Balapan SKM 1 Tahun 2013

Dengan penuh rasa kesyukuran, pihak Panitia Pendidikan Muzik dan Jawatankuasa Persembahan Murid khususnya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua murid tahun 4 dan 5 yang mengambil bahagian dalam persembahan pada pembukaan Kejohanan Olahraga dan Balapan tahun ini. Kegigihan dan kesungguhan mereka yang tidak berbelah bagi terhadap latihan dan persembahan amatlah dihargai setiap masa. Majoriti daripada mereka adalah yang pertama kali menyertai persembahan.. Tahniah..! Semoga penglibatan mereka ini dihargai oleh setiap warga sekolah.. Insya Allah..

(video akan diupload kemudian)